57b28b9298e84273ae710e909df85ae7

3 Android TV Box Malaysia – Terbaik Untuk Anda

Daripada dulu lagi, kami inginkan channel TV yang berkualiti dan tidak perlu untuk membayar bayaran bulanan seperti Astro. Kepada sesiapa yang mampu untuk membayar bulanan itu tidak mengapa, tetapi, kalau mahukan pilihan lain yang lebih murah maksudnya dengan sekali bayaran dan dapat pelbagai channel TV kan lebih menarik. Jadi, survey banyak cara dan khusus untuk anda, artikel kali ini adalah berkaitan dengan Android TV Box Malaysia yang merupakan antara benda baru dalam arena siaran dekoder TV Digital di Malaysia.

Ianya merupakan antara alternatif terbaik kepada siaran digital TV di Malaysia ini. Terutama kalau anda tidak mahu terbeban dengan bayaran yang dikenakan setiap bulan dan pada masa yang sama, mahukan siaran yang berkualiti untuk rumah anda. Artikel pada kali ini, kami akan berikan speasifikasi Android box dan harga agar memudahkan anda untuk membuat pilihan.

Apa Itu Android Box?

Android Box ini adalah dekoder yang mempunyai kuasa ataupun Android OS. Di sini, selain mendapat channel TV yang free, anda boleh mendapat banyak movie ataupun stream secara online dengan TV anda. Dengan bajet hanya RM300, anda sudah boleh mendapat banyak channel TV terbaik beserta movie dan stream internet. Untuk anda memasang dekoder jenis ini, ada 2 item yang anda kena ada iaitu TV Digital dan satu lagi adalah internet berkelajuan 4mbps. Bila ada 2 item ini, barulah berbaloi untuk anda gunakan Box ini.

Kenapa Beli Android Box

#1 Pilihan TV Digital Terbaik

Memang banyak channel TV Digital terbaik yang ada yang anda boleh tengok. Terutama kalau anda ingin mencari alternatif kepada siaran berbayar lainnya. Kalau nak pilihan yang lebih murah anda boleh tengok teruskan membaca artikel dari kami, kami akan rekemen 3 pilihan box TV terbaik yang ada di pasaran. Tetapi, dengan harga RM300 sebagai bajet untuk TV ini, bermacam channel yang anda boleh dapatkan.

#2 Pilihan Berbayar

Untuk info, anda boleh juga ambil pakej berbayar sehingga RM30 – RM40 sebulan. Dengan pakej ini, anda juga boleh mendapat pelbagai channel Astro. Kalau anda mahu, tetapi kalau anda tidak mahu pun tak mengapa sebab channel basic yang ada pun sudah sangat berbaloi untuk anda lihat. Kalau anda jarang tengok TV, tak perlu ambil semua channel tu pun. Kalau macam saya, cukuplah ada internet untuk buat pelbagai perkara berbanding dengan siaran TV, lagila kalau yang berbayar tu.

#3 Sekali Bayar Sahaja – Bermacam Manfaat

Cuma sekali bayar sahaja dalam RM300 untuk dapatkan pilihan box yang berkualiti dan terbaik. Terutamanya pelbagai fungsi yang ada. Pun begitu, ada banyak pilihan yang anda boleh dapatkan di pasaran dan ianya memang berbaloi dan terbaik. Nak tengok movie pun mudah, pilih dan tengok apa pilihan movie yang ada.

#4 Tak Perlu Setup – Sambung Dengan Wifi

Memang tak perlu untuk setup kerana semuanya boleh sambung dengan wifi sahaja. Memang tak susah. Anda boleh cuba sendiri.

Pilihan Box Yang Ada Di Pasaran

Nak cari pilihan Android Box pula, ini 3 yang paling kami rekemen untuk anda dapatkan di pasaran.

#1 T95Z – Support Terbaik Dari Seller

Antara banyak-banyak peranti, kami paling rekemen yang ini. Rating yang tinggi dan support dari penjual yang memang terbaik. Dari segi harga pun tidak terlalu mahal, boleh tengok DI SINI. Setakat artikel ini di tulis, ianya didatangkan dengan Android Nougat 7.1 dan siap install aplikasi yang bersesuaian dengan persekitaran Malaysia. Daripada semua ini, ini adalah yang paling kami rekemen. Boleh tengok video di bawah untuk info lanjut.

#2 TX3 Mini – Pilihan Yang Lebih Murah

Ada banyak pilihan sebenarnya, selain daripada itu, kami rekemen yang INI. Ianya adalah pilihan yang lebih murah sikit daripada yang no #1 tetapi masih lagi menawarkan fungsi yang terbaik dan support yang bagus daripada penjual. Kalau anda rasa T95Z ini mahal, kami rekemen yang ini. Memang terbaik!.

#3 Xiaomi Mi Box – Pilihan Yang Berjenama

Xiaomi memang terkenal dengan peranti yang berkualiti pada harga yang terbaik dan mampu beli. Nak pilihan yang berjenama, boleh tengok di SINI. Box ini di hantar daripada luar negara, kalau anda tidak kisah untuk menunggu sehingga 2 minggu ataupun lebih lagi, boleh lihat apa yang Box ini tawarkan.

Alternatif Lain

Ini adalah antara pilihan terbaik untuk TV Digital di Malaysia. Kalau kena dengan bajet yang anda ada, memang boleh pilih dan dapatkan alat ini. Yang penting, talian internet 4mbps dan ke atas, barulah boleh menggunakan peranti ini.

Leave a Reply