57b28b9298e84273ae710e909df85ae7

Apa Itu Bitcoin – Bahasa Mudah Untuk Anda Faham

Apa itu Bitcoin? Bitcoin adalah satu mata wang digital ataupun di sebut sebagai Cryptocurrency. Bitcoin adalah salah satu mata wang digital yang terawal yang berada di dunia dan paling mudah untuk di fahami. Ianya dicipta pada tahun 2009 oleh seseorang yang menggelarkan dirinya sebagai Satoshi Nakamoto dan terkini, terdapat lebih daripada 1100 mata wang digital yang telahpun berada di dunia.

Seperti juga mata wang, ianya boleh digunakan sebagai salah satu bentuk mata wang untuk pertukaran dan pembelian barangan. Kini terdapat banyak tempat yang menerima pembelian Bitcoin ini termasuk juga di Malaysia. Disebabkan oleh peningkatan nama Cryptocurrency ini, ianya telah membuka mata ramai orang dan ramai juga yang mula melaburkan wang mereka untuk mendapatkan bitcoin ini.

Adakah Bank Negara Menerima Bitcoin Ini?

Bitcoin ataupun Cryptocurrency yang lain merupakan mata wang yang decentralised. Ianya bermaksud, bukan di bawah kawalan sepernuhnya bank negara seperti mata wang Ringgit dan matawang lain yang ada di dunia ini. Oleh sebab itu, ianya boleh diterima pakai dan transaksi bitcoin ini diterima dalam pelbagai badan. Bank Negara tidak secara rasmi menerima Bitcoin ini tetapi, anda boleh melakukan transaksi menggunkan bitcoin ini kepada badan-badan yang menerima mata wang ini.

Perkara Lain Yang Anda Perlu Tahu “Blockchain”

Kalau anda menggunakan bitcoin ini, ada satu perkara lain lagi yang anda perlu tahu berkenaan dengan hal ini iaitu “blockchain”. Apa tu? Ianya merupakan satu item seperti buku ledger yang merkod semua, ya “semua” transaksi berkenaan dengan Bitcoin ini. Yang lebih menarik, anda pun boleh mendapatkan akses kepada “blockchain” kerana ianya sudah “public” dan boleh diakses oleh orang kebanyakan.

Untuk setiap transaksi dalam bitcoin ini, ianya akan direkodkan dalam “node” dalam rangkaian bitcoin itu sendiri. Setiap “node” ini akan mempunyai transaksi tersendiri dan direkodkan dalam “blockchain”. Untuk mendapatkan kefahaman yang lebih baik, boleh tengok video di bawah ini.

Apa Hukum Pelaburan Bitcoin?

Kalau anda memang mementingkan hukum kerana pelaburan bitcoin dan mata wang digital yang lain telahpun mendapat tempat dan menjadi antara pelaburan yang popular pada masa ini. Ianya mungkin meluas dinegara lain, tetapi bagaimana pelaburan ini didalam islam sama ada ianya halal ataupun sebaliknya? Ianya mempunyai topik sendiri yang akan dikupas pada artikel yang lain. Nantikan artikel tersebut untuk pemahaman yang lebih jelas. Boleh rujuk artikel ini untuk hukum halal dan haram wang digital ini.

Apapun, setakat artikel ini ditulis, tiada lagi hukuman rasmi berkenaan dengan isu ini dan nantikan artikel kami yang berikutnya yang mengupas berkenaan dengan isu bitcoin ini.

Kesimpulan

Kesimpulannya mudah, sekarang ini memang sudah ramai yang tahu dan sedar akan kewudan bitcoin ini dan ingin mendapatkan info yang mendalam berkenaan dengan duit digital ini. Secara asasnya, ianya merupakan mata wang digital yang tidak terikan dengan mana-mana bank negara. Ianya mula mendapat perhatian setelah kenaikan yang tinggi dalam sekelip mata sehingga mencapai USD10k untuk 1 bitcoin. Disebabkan oleh itu, ramai yang mula membuka mata dan ingin mendapatkan info berkenaan dengan hal ini.

Kami akan kupas berkenaan dengan aspek pelaburan Bitcoin untuk artikel yang akan datang. Selain daripada pelaburan, juga teknik mining bitcoin menggunakan PC ataupun komputer anda.

Leave a Reply