57b28b9298e84273ae710e909df85ae7

Tips Beli Handphone Secara Ansuran

Ramai yang nak tahu cara nak beli handphone secara ansuran sekarang ini. Memang tidak dinafikan yang banyak telefon murah dan berkualiti. Tetapi, kali ini kami nak berikan beberapa tips untuk dapatkan handphone murah dan berkualiti secara ansuran. Harap anda boleh manfaatkan semua tips ini untuk digunakan dalam pembelian handphone yang akan datang.

Sekarang ini memang sudah ada banyak pilihan untuk telefon murah dan berkualti. Sama ada Apple ataupun Android, memang sudah ada banyak pilihan untuk telefon pintar. Jadi, sebagai pengguna, memang anda boleh membuat pilihan yang baik kerana memang sudah terlalu banyak telefon pintar yang ada di pasaran.

Cara Nak Beli Handphone Ansuran – Pilih Dulu Model Yang Anda Mahukan

Memang ramai juga yang mencari jalan untuk membeli telefon secara ansuran ini. Memang tidak dinafikan yang membeli secara ansuran lebih mudah terutama kalau anda tidak mempunyai bajet yang besar. Dengan membayar ansuran, memang anda dapat memiliki telefon yang bagus pada harga yang perlu dibayar setiap bulan. Harga tersebut tidaklah terlalu besar jika dibayar mengikut bulan.

Sebelum saya berikan tips dan cara untuk membuat ataupun mendapatkan telefon pintar berkualiti secara ansuran ini, boleh tengok beberapa model telefon yang ada di bawah. Yang paling penting adalah, anda membeli telefon yang anda inginkan terlebih dahulu. Berikut adalah antara beberapa telefon berkualti murah dan terbaik yang ada di pasaran.

1 Smartphone Xiomi – 16GB Storage – 8mp back and 2mp front camera – 2200mah battery – KLIK untuk info lanjut dan harga terkini.

2 HTC Desire Smartphone – 16GB Storage – 13mp back and 5mp front camera- 2200mah battery – KLIK untuk dapatkan info lanjut dan harga terkini.

3 Phone Lenovo Vibe – 16GB Storage – 13mp back and 8mp front camera – 2700mah cattery – Smartphone paling berkuasa dengan harganya KLIK untuk info.

4 Smartphone Asus Zenphone – 16GB storage – 13mp back 5mp front camera – 2600mah bettery – KLIK untuk info lanjut dan harga terkini.

Berikut adalah antara pilihan telefon pintar terbaik yang anda boleh dapatkan di pasaran. Tidak terhad kepada semua model ini, memang ada banyak lagi pilihan yang ada untuk dapatkan telefon pada harga berkualiti.

Dah jumpa telefon yang anda inginkan, buat pembayaran dengan kad kreadit. Apabila menggunakan kad kreadit, memang anda perlu membayar secara lump sum ataupun anda boleh membayar secara ansuran selama tempoh yang anda mahukan. Memang tidak dinafikan yang, inilah cara yang mudah untuk dapatkan telefon pada harga yang murah dan terbaik.

Harganya pula bergantung kepada apa yang anda inginkan. Ada juga bebas memilih telefon mana yang anda inginkan berdasarkan kepada jenis dan harga.

Pakej Ansuran Bulanan di Kedai

Cara kedua adalah dengan pergi ke kedai-kedai telefon untuk mendapatkan pakej telefon yang anda inginkan. Ianya tidak susah kerana memang syarikat telekomunikasi seperti umobile, maxis, celcom dan lain-lain ada menawarkan pakej seperti ini. Memang anda boleh membuat bayaran secara ansuran untuk telefon terbaru jenama iPhone ataupun Samsung juga pelbagai jenama lain.

Sekarang ini pun syarikat telekomunikasi memang berlumba-lumba untuk dapatkan pakej terbaik untuk telefon mereka. Jadi, memang banyak deal atau tawaran menarik dan istimewa untuk anda beli hanphone secara ansuran pada harga dan pakej yang murah. Itu baru syarikat telekomunikasi, belum lagi pakej-pakej lain yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat penjual gadjet seperti Senheng, Courts dan lain-lain.

Pilih Yang Memudahkan Anda

Pilih syarikat yang mudah untuk anda gunakan. Pada kami, yang mudah adalah dengan pembelain menggunakan kad kreadit dan buat pembelian di Lazada. Lazada memang memberikan lebih banyak pilihan peranti pada harga yang murah dan lebih mudah juga untuk buat pembayaran. Apapun, pilihan di tangan anda untuk membuat keputusan.

Apapun, inilah antara 2 tips untuk membuat pemilihan. Anda boleh cuba mana-mana tips untuk dapatkan pakej handphone menarik pada harga terbaik dan mampu milik. Sebagai pengguna, memang anda boleh membeli telefon pintar secara ansuran.

Leave a Reply