57b28b9298e84273ae710e909df85ae7

Cara Beli Top Up Online Murah – 3 Cara Mudah

Kali ini saya nak berikan tips untuk dapatkan cara beli top up online pada harga yang murah dan terbaik. Sekarang ini memang banyak pilihan untuk anda dapatkan pelbagai pilihan untuk anda menambah nilai untuk prepaid anda pada cara yang mudah. Kebanyakan syarikat telekomunikasi seperti Umobile, Celcom, Digi dan lain-lain memang memberi kemudahan kepada anda untuk anda menambah nilai pada telefon anda.

Sekarang ini teknologi memang memudahkan. Tidak semestinya anda harus ke kedai seperti di 7 Eleven untuk menambah nilai. Sekarang ini semuanya anda boleh melakukan secara online ataupun dalam talian sahaja. Urusan seperti pembayaran bil, transfer duit dan juga tambah nilai kredit telefon anda memang anda boleh lakukan secara online. Artikel kali ini, kami akan tunjukkan beberapa cara mudah untuk anda beli top up mobile anda.

Tambah Nilai Online Mudah Semuanya di Hujung Jari

#1 Cara Paling Mudah – Dengan Lazada

Sekarang ini ada banyak pilihan untuk anda top up kredit telefon pintar anda. Bagi saya, yang paling mudah adalah dengan menggunakan platform online seperti di Lazada ini. Ianya adalah antara pilihan yang paling mudah dan murah untuk anda gunakan dan tambah nilai. Hanya dengan beberapa langkah sahaja dan anda boleh menambah nilai sahaja. Caranya mudah, yang penting, boleh tengok pilihan di bawah ini.

>>KLIK SINI Untuk Tambah Nilai Kredit Anda<<

Dah KLIK link di atas ini, kemudian ikut langkah-langkah ini;

1 apa yang anda perlu lakukan adalah masukkan no telefon anda. Mudah sahaja kan.
2 Kemudian pilih syarikat telekomunikasi yang anda sedang gunakan. Setakat artikel ini di tulis, ada Hotlink, Tune Talk, Celcom, Umobile dan Digi. Memang kebanyakan syarikat telekomunikasi yang besar-besar semuanya ada di sini.
3 Kemudian, pilih nilai yang anda mahukan untuk tambah nilai anda. Dah pilih?
4 Buat pembayaran, anda boleh membayar menggunakan kad kredit ataupun pembayaran secara online.

Mudah kan? Ini adalah antara yang paling mudah untuk anda tambah nilai. Boleh ikut langkah ini untuk menambah nilai anda.

#2 Perbankan Internet

Sekarang ini pun, perbankan internet adalah antara benda yang memudahkan untuk anda gunakan. Hampir kesemua bank-bank di Malaysia ini mempunyai perbankan internet. Daripada CIMB, Maybank dan juga Bank Islam, ada banyak pilihan untuk anda dapatkan. Daripada kesemua perbankan internet ini, memang anda boleh tambah nilai untuk prepaid syarikat telekomunikasi anda.

Bergantung kepada apa yang anda gunakan. Yang pasti, kalau anda menggunakan perbankan seperti CIMB ataupun Maybank, memang banyak syarikat yang anda boleh pilih untuk transaksi perbankan anda.

#3 Laman Web Telekomunikasi

Satu cara lagi adalah dengan pergi ke laman web syarikat telekomunikasi yang anda sedang gunakan. Misalkata kalau anda sedang menggunakan XPAX, boleh pergi ke laman web Celcom dan membuat tambah nilai di sana. Begitu juga dengan syarikat telekomunikasi lain, anda boleh membuat tambah nilai dengan pergi ke laman web yang berkaitan.

Semuanya Mudah dan Memudahkan

Kalau dahulu, memang kena ke 7 Eleven untuk tambah nilai ataupun pergi ke kedai telefon berdekatan, tetapi sekarang tidak lagi, anda boleh melakukan sendiri di rumah. Yang penting, perlu mempunyai talian internet yang baik dan bagus untuk anda gunakan. Dengan teknologi, semuanya di hujung jari untuk anda gunakan.

Leave a Reply