57b28b9298e84273ae710e909df85ae7

Bitcoin Malaysia Menipu – Elak 3 Perkara Ini

Arenadigital pada kali ini terpanggil untuk menceritakan tentang kisah Bitcoin Malaysia menipu ataupun skim yang ditawarkan oleh pihak ketiga berkenaan dengan Bitcoin di Malaysia ini. Penipuan ini berlaku kerana maklumat yang terlalu banyak berkenaan dengan Bitcoin ataupun kryptocurrency ini. Juga, peluang yang bagus berkenaan dengan produk ini yang ada di pasaran Malaysia dan dunia.

Kalau anda nak tahu info lanjut berkenaan dengan bitcoin, kami rekemen untuk anda lihat beberapa artikel kami di bawah ini sebelum pergi ke artikel kami yang terkini pada kali ini iaitu kisah penipuan bitcoin.

1 Apa Itu Bitcoin
2 Hukum pelaburan Bitcoin sama ada halal ataupun haram
3 Cara melombong Bitcoin

Harapnya, artikel ini memberikan info kepada anda berkenaan dengan pelaburan ini. Ianya semakin sensasi dan menjanjikan peluang pelaburan yang bagus. Apapun, kali ini kami cuba membongkar beberapa kisah penipuan berkaitan dengan mata wang digital. Apapun, terpulang kepada anda untuk dapatkan info yang lebih lanjut berkenaan dengan produk ini.

Apa Yang Anda Perlu Tahu

#1 SKIM Bitcoin ataupun Mata Wang Digital Lain

Kalau dah nama scammer memang akan ambil kesempatan peluang-peluang macam ini. Terutama sekali untuk perkara yang menjadi trend masa kini seperti mata wang digital ini. Kalau dahulu, produk yang menjanjikan pulangan seperti KongsiMakan, Highway dan lain-lain itu telahpun terkubur dan kini Skim Bitcoin pula yang muncul.

Yang menarik berkenaan dengan produk ini adalah, ianya menjadikan Bitcoin ataupun prospek pulangan Bitcoin sebagai sasaran. Ianya menjanjikan masa depan yang cerah dan lain-lain. Ramai yang tidak mempunyai info yang banyak akan pasti terjerat dengan skim seperti ini.

Apa yang scammer ini lakukan adalah, mereka akan mempromosikan ataupun menjadi orang tengah untuk pelaburan anda. Sama ada mereka akan membuat pelaburan terus untuk menjual ataupun membeli Bitcoin ini ataupun mereka akan memberitahu anda yang mereka akan melaburkan sejumlah wang untuk melombong bitcoin. Padahal mereka tidak melakukan semua ini pun dan tujuan mereka yang sebenarnya adalah untuk mendapatkan duit yang anda laburkan. Apapun, terpulang kepada anda untuk anda dapatkan dan tentukan yang mana yang terbaik. Harap anda tidak terikut dan terjerat dengan SKIM yang menawarkan pulangan yang terlalu bagus ataupun “too good to be true”

#2 Bitcoin Exchange Yang Palsu

Satu lagi yang lebih penting daripada itu adalah berkenaan dengan Bitcoin Exchange palsu yang menawarkan penawaran pembelian Bitcoin pada harga rendah. Kalau anda nampak Iklan seperti “Pembelian Bitcoin Diskaun 10%” ataupun yang seumpama dengannya, kalau boleh cuba untuk elakkan daripada anda terjerat dengan penawaran seperti ini. Banyak website palsu yang muncul akibat daripada mata wang digital yang semakin popular seperti ini. Ianya ternyata mengambil kesempatan kepada pengguna yang ingin membeli Bitcoin pada harga rendah. Jadi, elakkan kalau anda nampak laman web yang seperti ini.

#3 Bitcoin Wallet

Wallet penting untuk anda mendapatkan Bitcoin selepas aktiviti mining. Kami ada menceritakan berkenaan dengan aktiviti mining ini didalam artikel yang sebelumnya. Periksa kredibility wallet ini di forum-forum berkaitan dan kalau ianya mempunyai kredibiliti yang baik, boleh terus dapatkan dan gunakan.

Apapun, 3 perkara ini adalah antara penipuan yang biasa yang berkaitan dengan Bitcoin yang ada di pasaran. Yang penting adalah, anda gunakan dan dapatkan info yang lebih meluas berkenaan dengan perkara ini. Labih baik anda dapatkan pembacaan yang lebih detail berkenaan dengan isu ini.

Leave a Reply