57b28b9298e84273ae710e909df85ae7

Cara Format Telefon Lenovo – 2 Cara Ini Terbaik

Beli telefon ini, tidak semuanya indah. Walaupun beli telefon yang mahal-mahal pun, akan ada satu masa dan ketika telefon anda tidak dapat digunakan dengan sepernuhnya. Telefon menjadi makin perlahan walaupun anda sedang menggunakan telefon model terbaik seperti iphone X ataupun Huawei Mate 10. Antara masalah yang terjadi apabila telefon anda sudah lebih daripada 3 tahun anda gunakan adalah, perlahan, masalah bateri dan satu lagi adalah antara masalah ruangan storan.

Ianya bukanlah alternatif terbaik tetapi, kalau sampai masanya, anda memang perlu untuk format telefon anda. Kali ini, kami akan berikan beberapa tips penting berkenaan dengan cara format telefon Lenovo. Lakukan ini bila anda rasa memang betul-betul perlu untuk anda lakukan dan pastikan beberapa perkara yang akan kami kupas sebelum format telefon anda. Juga, tidak lupa kalau anda ingin format telefon anda, kalau memang telefon anda sudah terlalu lama, lebih baik untuk anda tukar sahaja yang baru. Sekarang ini, ada banyak pilihan telefon berkualiti terbaik pada harga yang mampu beli. Boleh tengok beberapa pilihan yang kami ingin rekemen untuk anda di SINI.

Sebelum Format Telefon Anda

Perlu diingatkan yang, sebelum anda lakukan semua perkara ini, penting untuk anda backup semua data yang ada. Transfer semua data yang anda ada ke sim card yang ada dan kali ini transfer semua data dahulu. Satu lagi, transfer ataupun sync semua info seperti contact number kalau anda menggunakan perisian Android.

Bila dah lakukan semua ini, barulah anda boleh format telefon anda. Sebelum itu, kalau anda mahukan pilihan telefon jenama Lenovo yang ada di pasaran, jangan lupa untuk lihat apa yang ada di SINI.

Cara Membaiki Telefon Lenovo Yang Rosak

Salah satu cara yang terbaik untuk anda membaiki telefon yang rosak adalah dengan melakukan hard reset ataupun factory reset. Tapi, kalau anda mempunyai masalah seperti masalah skrin yang retak dan lain-lain, memang kena lakukan sesuatu dan cara yang terbaik untuk itu adalah pergi ke kedai membaiki telefon.

Factory Reset

Untuk buat factory reset ini tidaklah susah, anda boleh gunakan cara ini

Setting > Backup & Reset > Factory Data Reset

Kemudian pilih reset semua untuk kembalikan telefon anda seperti asal. Asalkan anda sudah backup semua data anda, ianya tiada masalah.

Hard Reset

Boleh buat perkara ini kalau anda tidak dapat masuk seperti biasa dalam proses load up seperti biasa. Caranya mudah, tekan butang volume bahagian atas dengan power button serentak. Tekan selama 10 saat dan seberapa lama yang boleh. Ada sesetengah telefon yang anda perlu untuk tekan butang volume bahagian bawah dan power button serentak. Itu yang penting dalam hard reset.

Ini adalah antara beberapa tips penting untuk anda betulkan telefon anda ataupun reset telefon anda. Kalau cara yang kami tunjukkan ini pun tidak dapat berjalan dengan OK, kami cadangkan untuk anda pergi ke kedai telefon berdekatan untuk betulkan telefon anda.

Leave a Reply