57b28b9298e84273ae710e909df85ae7

5 Cara Lajukan Internet Telefon – Cepat & Pantas

Kali ini kami nak berikan beberapa tips dan cara lajukan internet telefon anda. Harapnya, tips-tips yang akan kami kongsikan ini akan melajukan internet di telefon pintar anta terutama kalau anda menggunakan telefon yang lebih lama. Kami sendiri telahpun menggunakan beberapa tips daripada teknik ini dan harap ianya dapat membantu anda untuk melajukan internet telefon rumah anda.

Ianya akan selalu terjadi kalau anda mempunyai telefon yang sudah lama (melebihi 5 tahun) dan mempunyai pelbagai file di dalam telefon anda. Bila telefon sudah lama dan ada banyak file-file yang tak perlu ini, bukan sahaja internet jadi lambat, telefon anda pun jadi lambat daripada biasa. Apapun, jangan bimbang, tips kali ini, kami kongsikan untuk anda gunakan dengan sebaiknya.

Tips – Tips Lajukan Internet Telefon

#1 Beli Telefon baru

Mahu ataupun tidak telefon baru akan menjadikan internet anda lebih laju daripada telefon lama terutama kalau smartphone anda sudah 4 ataupun 5 tahun anda gunakan. Telefon baru dilengkapi dengan teknologi 4G ataupun High Speed Internet bagi membolehkan anda menelefon banyak kenalan dan menggunakan internet dalam jangka masa yang lebih luas dan menarik. Ianya bukan cara dan penelesaian yang anda cari terutama kalau anda mahu kekalkan telefon yang lama. Mahu ataupun tidak, ini cara yang paling mudah untuk anda gunakan. Sekarang pun, ada banyak pilihan telefon berkualiti pada harga yang murah dan terbaik. Boleh tengok beberapa pilihan yang ada di SINI.

Telefon baru pun dilengkapi dengan RAM dan processor yang terkini bagi membolehkan telefon anda bergerak dengan pantas dan laju. Apapun, ini adalah antara beberapa pilihan yang kami rekemen untuk anda lihat.

#2 Install Clean Master

Salah satu aplikasi telefon pintar yang bagus yang kami rekemen untuk anda gunakan adalah aplikasi Clean Master. Dengan aplikasi ini, anda boleh menjimatkan memori telefon anda dan membuang file-file yang tidak perlu. Ianya meruapakan antara telefon yang wajib untuk anda gunakan dan kemudian, lihat hasilnya. Ianya boleh didapati di Google Play ataupun di Apple App Store.

#3 Housekeeping Gambar-Gambar di Whatsapp

Seringkali gambar-gambar yang terlalu banyak di Whatsapp memakan ruang yang banyak di telefon anda. Apabila ruang terlalu banyak telefon akan menjadi perlahan dan ianya memberikan kesan kepada prestasi internet smarpthone anda. Cuba minimumkan ataupun delete gambar-gambar yang tidak perlu untuk telefon anda. Dengan itu, ianya akan sedikir sebanyak membantu untuk meminimumkan ruangan di telefon anda.

#4 Clear Cache Browser Yang Anda Gunakan

Anda sering melayari internet dengan menggunakan browser telefon anda. Sesekali clear cache dan buang semua history dalam browser telefon anda. Ada kemungkinan yang terdapat malware ataupun “history” yang terlalu banyak menyebabkan talian telefon ataupun internet anda terganggu. Clear browser adalah antara tips yang bagus untuk anda gunakan agar intenet telefon anda kembali laju.

#5 Semak Data Plan Telefon Anda

Memang data telefon anda gunakan sekarang. Kalau pakej yang terlalu lama, sila upgrade yang baru agar ianya lebih menjimatkan dan berbaloi untuk anda gunakan. Kalau nak lebih berbaloi, gunakan WEBE SINI. Unlimited internet untuk talian telefon anda. Cuma dengan bayaran RM79 sebulan sahaja. Memang antara beberapa pilihan yang baik yang anda ada untuk pelan terbaru. Pun begitu, banyak lagi pelan-pelan telefon yang anda ada yang anda boleh gunakan.

Apapun, ini adalah antara 5 tips mudah untuk lajukan talian internet smartphone anda. Boleh gunakan tips tersebut dan lihatlah hasilnya.

Leave a Reply