57b28b9298e84273ae710e909df85ae7

4 Cara Melombong Bitcoin – Apa Yang Anda Perlu Tahu

Harga Bitcoin melambung tinggi dan kini, ianya memang mencecah beberapa ribu ringgit. Boleh tengok carta di bawah ini untuk anda dapatkan harga bitcoin di Malaysia ini. Apapun, pada kali ini, kami akan tunjukkan kepada anda tips dan cara melombong bitcoin di Malaysia dan didunia. Mana tahu, dengan cara ini, ianya akan menambah pendapatan anda dengan memiliki bitocin.

Untuk pengetahuan anda, cara melombong ini tidak susah dan apa yang anda perlukan adalah beberapa item penting untuk tujuan tersebut. Ianya termasuklah hardware yang betul, software, tenaga elektrik dan juga talian internet yang stabil. Ya, 4 cara ini memang akan membantu anda untuk melombing Bitcoin dalam masa yang singkat dan pantas, juga merupakan antara pilihan yang ada untuk bitcoin anda.

Apa Itu Bitcoin dan Adakah Ianya Halal Di Sisi Islam

Sebelum pergi lebih jauh, ini adalah antara beberapa persolan asas berkaitan dengan mata wang digital ini. Kalau anda sudah tahu apa itu bitcoin, tiada masalah, tetapi kalau anda tidak tahu lagi, boleh tengok artikel ini untuk mendapatkan info lanjut berkenaan dengan mata wang ini. Adakah ianya halal atau macam mana? Kami juga ada mengupas isu berkaitan dengan hal ini di SINI. Anda boleh baca dan dapatkan info lanjut.

#1 Software Untuk Mining

Ini adalah antara yang penting kalau anda ingin melombong Bitcoin dan memang anda memerlukan software ini untuk bertindak. Terdapat 2 software yang sering digunakan untuk tujuan melombong ini, ianya adalah CGMiner dan BFGMiner yang merupakan antara software pilihan untuk melombong. Apapun, anda boleh downloan software ini kalau anda serious melombong Bitcoin.

#2 Hardware Mining

Selain daripada software, hardware pun sangat penting untuk aktiviti ini. Jika dahulu, anda gunakan CPU yang biasa pun sudah boleh dapat mata wang ini. Tetapi sekarang tidak lagi. Oleh kerana persaingan yang terlalu tinggi daripada pelombong yang lain dan juga Bitcoin yang semakin sedikit menyebabkan lebih banyak tenaga elektrik dan memerlukan hardware yang khusus untuk melombong. Untuk melombong, apa yang anda perlukan adalah hardware di bawah ini.

1 GPU Untuk Mining

2 Pilihan GPU Lain di SINI

Bersama dengan laptop untuk downloan perisian melombong. Kalau anda serious, boleh dapatkan kesemua barangan ini di pasaran pada harga yang berpatutan dan terbaik. Apapun, pilihan di tangan anda untuk anda dapatkan yang terbaik.

#3 Internet Yang Stabil

Kalau nak melombong, pastikan anda mempunyai talian internet yang stabil bagi membolehkan anda untuk melombong dengan mudah tanpa gangguan. Untuk itu, kami rekemen pakej Unifi untuk anda pilih kalau anda masih lagi tiada internet yang stabil di rumah. Boleh tengok pakej Unifi terbaik di SINI untuk anda dapatkan info yang lebih lanjut.

#4 Bitcoin Wallet

Ini pun adalah antara item yang anda kena ada untuk mining mata wang digital ini sama ada bitcoin dan lain-lain lagi. Fungsi utama wallet ini adalah untuk menerima bitcoin yang telah berjaya di lombong. Ianya akan dihantar ke wallet dengan menggunakan alamat unik yang disimpan di blockchain. Untuk mendapatkan wallet anda sendiri, boleh dapatkan di laman blockchain.info ini untuk info lanjut. Daftar di bahagian “sign up” dan ikuti arahan seterusnya.

Ini adalah artikel ringkas berkenaan dengan cara dan tips untuk melombong Bitcoin di Malaysia. Boleh juga tengok video di bawah untuk anda dapatkan info lanjut berkenaan dengan cara ini.

Apapun, cuba sebaiknya untuk melombong bitcoin ini, ianya nampak susah, tetapi kalau anda lakukan secara konsisten, akan nampak hasilnya.

Leave a Reply