57b28b9298e84273ae710e909df85ae7

Cara Membaiki Telefon Rosak – 2 Cara Mudah & Cepat

Telefon rosak adalah perkara biasa kerana janga hayat telefon ini tidaklah terlalu lama berbanding dengan alatan elektrik lain. Kalau anda memiliki telefon yang sudah lebih daripada 5 tahun, memang kena fikirkan untuk dapatkan yang baru. Sekarang ini ada banyak pilihan telefon berkualiti daripada pelbagai jenama yang ada di Malaysia ini. Boleh tengok di SINI untuk dapatkan beberapa pilihan telefon berkualiti yang ada

Apapun kali ini kami akan berikan beberapa pilihan untuk cara membaiki telefon rosak. Bukan sahaja telefon rosak, kalau telefon anda tak boleh on pun anda boleh gunakan cara yang sama untuk memperbetulkan telefon anda ini. Tipa yang bakal kami kongsikan ini adalah antara tips dan teknik yang cukup mudah untuk anda gunakan. Ianya sesuai untuk digunakan pada telefon Android seperti Samsung, Huawei, Lenovo dan lain-lain. Juga, anda boleh gunakan untuk format telefon Samsung ataupun banyak jenama lain yang ada di pasaran sekarang.

Sebelum Format Telefon Anda, Ini Apa Yang Anda Perlu Lakukan

Sebelum membaiki telefon anda yang rosak, ini kalau anda dapat akses ke dalam telefon anda. Mungkin telefon anda terlalu perlahan ataupun telah menunjukkan tanda-tanda skrin yang semakin retak, antara cara yang paling sesuai adalah untuk anda back up semua data-data yang anda ada. Cara nak backup, gunakan micro sim dan simpan semua gambar anda. Ini kalau anda masih dapat akses sistem operasi Android telefon anda.

Kalau anda tidak dapat nak akses sistem operasi Android telefon anda, cara yang paling sesuai adalah dengan menggunakan fungsi “hard reset”. Kami akan tunjukkan cara ini dan ianya tidaklah sesukar yang anda sangkakan.

Cara Membaiki Smartphone Anda Yang Rosak Dengan Fungsi Reset

Untuk telefon anda yang sudah tidak dapat berfungsi, ada 2 jenis cara yang anda boleh gunakan untuk membaiki telefon anda. Ianya adalah cara Factory Reset dan satu lagi adalah Hard Reset. Nak tahu apa dan bagaimana, kami akan terangkan di bawah;

Factory Reset : Anda reset telefon anda seperti mana yang anda dapat telefon anda ketika anda beli di kedai dahulu. Ini kalau telefon anda sudah ada tanda-tanda kerosakan yang ketara ataupun terlalu lambat, boleh gunakan cara ini untuk memperbetulkan telefon anda. Caranya tidaklah susah dan anda boleh ikut langkah-langkah seperti yang kami ingin tunjukkan.

Setting > Backup & Reset > Factory Data Reset

Ianya mungkin berbeza sedikit mengikut model telefon bimbit anda. Tetapi tidak mempunyai banyak beza yang ketara. Sebelum anda lakukan ini, sekali lagi kami ingin ingatkan yang anda perlu back up data anda untuk elak daripada anda hilang kesemuanya.

Hard Reset : Satu lagi cara adalah teknik hard reset. Teknik ini adalah apabila telefon anda tidak dapat akses kepada sistem Android dan tidak boleh on langsung. Caranya tidak susah, anda hanya perlu menekan butang volume atas dan butang power serentak dalam masa 10 saat. Kombinasinya mudah;

1 Sama ada Volume Atas + Butang Power

2 Volume Bawah + Butang Power

Buat ini untuk telefon anda dan ianya akan sedikit sebanyak membantu telefon anda untuk on semula. Biasanya telefon saya akan berfungsi seperti biasa selepas menggunakan cara ini. Kalau masih lagi tak boleh nak ON, saya sarankan anda ke kedai membaiki telefon terdekat untuk betulkan telefon anda.

Ataupun anda boleh tengok beberapa pilihan murah dan berkualiti untuk smartphone terbaik bawah harga RM500. Sememanya ada banyak pilihan yang anda boleh pilih untuk dapatkan yang terbaik untuk telefon anda.

Leave a Reply