57b28b9298e84273ae710e909df85ae7

Cara Mengesan Telefon Yang Hilang – 2 Cara Mudah & Ringkas

Kali ini saya nak ceritakan tentang tips dan cara untuk mengesan telefon yang hilang. Ianya memang satu perkara yang tidak dapat dijangkan jika berlaku kepada anda. Untuk pengetahuan anda, admin pun pernah mengalami perkara yang sama iaitu telefon dicuri ketika berada di dalam masjid. Jika dicuri, memang boleh gunakan tips yang bakal kami kongsikan ini dan jika hanya tersalah letak di dalam rumah, boleh cuba untuk miss call untuk tahu kedudukan telefon tersebut.

Apapun, kali ini, kami akan kongsikan beberapa tips penting untuk mengesan telefon anda yang hilang dan harapnya anda boleh mendapat balik telefon yang anda jumpa. Apapun, cara ini hanya untuk tahu lokasi telefon anda sahaja dan kedua adalah untuk anda terus hilangkan data daripada telefon anda yang hilang tersebut. Boleh gunakan cara ini untuk mengesan smarpthone anda yang hilang itu.

Cara Kesan Telefon Android ataupun IOS Iphone Yang Hilang

Kebanyakan telefon sekarang adalah menggunakan aplikasi Android ataupun IOS. Kalau anda menggunakan salah satu daripada 2 sistem operasi ini, ianya akan memudahkan anda untuk mendapatkan telefon anda. Selain daripada ini, anda perlu menggunakan ataupun mencari tutorial lain yang ada di internet.

#1 Telefon Android

Kalau anda menggunakan telefon Android, apa yang anda boleh lakukan adalah pergi ke Android Device Manager ataupun taip seperti ini di ruangan google, dan kemudian klik pada “find my phone” tersebut. “Log in” menggunakan akaun yang anda gunakan semasa mendaftar dengan google untuk telefon anda. Kalau anda menggunakan android, memang anda wajib menggunakan gmail untuk masuk dan gunakan aplikasi android, gunakan email yang sama untuk find my phone ini.

Jika telefon anda masih hidup dan tidak dimatikan, anda masih dapat mengesan dimana telefon anda yang hilang itu. Kemudian, boleh pergi ke lokasi tersebut untuk mendapatkan telefon anda. Mudah sahaja bukan.

Jika telefon anda sudah dimatikan, ada beberapa pilihan yang anda boleh lakukan untuk itu.

  • Membunyikan telefon anda
  • Mengunci Telefon Anda
  • Memadam Data Sensatif

Semua anda boleh lakukan dengan syarat anda log in ke dalam akaun google anda. Satu saya lagi adalah dengan search “find my phone” pada ruangan google dengan syarat yang anda telahpun log in menggunakan email anda. Dengan itu, masih ada harapan lagi untuk anda cari telefon anda yang hilang.

#2 Telefon Iphone

Untuk pengguna Iphone pun tidak susah, anda hanya perlu pergi ke laman iCloud anda dan log ini. Dah log in, klik pada bahagian “find iPhone” dan klik pada “all device” untuk melihat lokasi telefon anda.
Apabila anda sudah menjumpai lokasi telefon anda, apa yang anda boleh lakukan adalah membolehkan telefon tersebut berdering ataupun menggunakan fungsi “lost mode”. Fungsi ini membolehkan no telefon anda terpapar pada skrin utama telefon tersebut bagi memudahkan anda menjumpai telefon anda. Kalau tidak berjaya, barulaha anda memadamkan data yang ada pada telefon anda.

Cuma pastikan yang anda gunakan cara ini apabila benar-benar yakin yang telefon anda bukan hilang didalam rumah, kalau setakat hilang didalam rumah tu, boleh “miss call” untuk tahu kedudukan telefon anda.

Gunakan Sekuriti

Ini nampak mudah, saya memang menyarankan untuk anda menggunakan sekuriti untuk telefon anda sama ada berbentuk lock pattern ataupun password. Ini bagi membolehkan anda mendapatkan privacy dan mengelak daripada pencuri mendapat “full akses” kepada telefon anda.

Dapatkan Deal Telefon Murah Di SINI

Walaupun anda sudah mendapatkan lokasi telefon anda, sebenarnya tidak mudah untuk anda terus jumpa telefon anda. Pencuri boleh sahaja terus membuang bateri bagi mengelak daripada anda mengesan telefon anda. Boleh cuba mengesan telefon anda menggunakan cara di atas dan kalau tidak dapat, ada beberapa pilihan telefon berkualiti yang kami rekemen untuk anda cuba dan dapatkan. Kalau bajet anda RM1000, boleh tengok SINI dan kalau bajet anda rendah sikit dalam RM500, boleh tengok SINI.

Apapun, pilihan di tangan anda untuk anda dapatkan telefon berkualiti pada harga terbaik.

Leave a Reply