57b28b9298e84273ae710e909df85ae7

3 Cara Pelaburan Bitcoin di Malaysia – Apa Yang Anda Perlu tahu

Bitcoin meruapakan satu bentuk fanomena baru yang melanda tidak hanya di Malaysia, mahalan di dunia. Ianya hadir dalam bentuk matawang yang bukan kebiasaan dan tidak terikat dengan mana-mana negara. Atau dalam istilah lain, ianya decentralised tidak terikat dengan mana-mana bank negara di dunia. Disebabkan ketidak terikatan ini, ianya tidak akan dipengaruhi oleh faktor yang berlaku di negara tersebut seperti perang, harga minyak, polisi negara tersebut mahukan skandal terkait pemimpin tertinggi. Ianya bebas.

Bitcoin merupakan salah satu daripada mata wang digital ataupun cryptocurrency yang paling awal dan paling popular di dunia. Sehingga kini, terdapat lebih daripada 1000 mata wang digital yang dicipta di dunia ini termasuklah yang popular lainnya seperti Etherium dan lain-lain. Apapun, kalau anda inginkan info lanjut berkenaan dengan sejarah Bitcoin, boleh baca artikel saya di SINI. Artikel pada kali ini adalah berkenaan dengan pelaburan Bitcoin di Malaysia, apa yang anda perlu lakukan untuk bermula.

Macam Mana Nak Memulakan Pelaburan Bitcoin di Malaysia

#1 Mining Bitcoin

Ini adalah cara yang paling popular untuk mendapatkan Bitcoin di dunia. Caranya adalah dengan istilah melombong bitcoin. Apa itu melombong Bitcoin? Menurut Wikipedia;

Mining is the process of adding transaction records to Bitcoin’s public ledger of past transactions (and a “mining rig” is a colloquial metaphor for a single computer system that performs the necessary computations for “mining”). This ledger of past transactions is called the block chain as it is a chain of blocks. The block chain serves to confirm transactions to the rest of the network as having taken place. Bitcoin nodes use the block chain to distinguish legitimate Bitcoin transactions from attempts to re-spend coins that have already been spent elsewhere.

Secara mudahnya, Mining ini adalah meletakkan transaksi di buku ledger yang boleh diakses oleh semua orang. Buku ledger ini akan menyimpan transaksi yang lepas-lepas dan mining ini adalah proses menyelesaikan masalah mengikut formula matematik untuk menghasilkan 1 bitcoin. Tak faham? Boleh tengok di bawah.

Apa yang anda perlukan untuk mining ini adalah, ada 2 item yang anda perlukan;

1 Komputer yang sangat berkuasa
2 Talian internet yang stabil (saya sarankan Unifi)

Ini adalah 2 item yang sangat penting untuk anda ambil kira dalam proses mining Bitcoin dan akhirnya akan membolehkan anda untuk mendapatkan bitcoin yang anda inginkan. Ianya tidak mudah tetapi berbaloi untuk anda cuba dan dapatkan.

#2 Beli Bitcoin Untuk Simpan

Salah satu cara yang OK untuk anda elakkan inflasi yang berlaku. Mata wang ringgit ini tidak menentu, kadang naik dan kadangkala turun, jadi salah satu cara untuk anda menyimpan nilai itu adalah, beli 1 Bitcoin dengan tujuan untuk elak daripada inflasi yang berlaku. Ianya sama seperti anda menyimpan emas agar anda dapat mengelak daripada inflasi yang berlaku. Ini adalah antara cara mudah untuk anda gunakan. Cara ini dibolehkan mengikut pendapat Ustaz Zaharudin Abdul Rahman, boleh tengok artikel INI.

#3 Beli Bitcoin Paling Harga Rendah dan Jual Pada Harga Tinggi

Ini salah satu cara untuk pelaburan Bitcoin di Malaysia. Beli pada harga rendah dan jual kemudian pada harga tinggi. Untuk lakukan perkara ini, anda perlukan kajian mendalam berkenaan dengan harga semasa dan timing ketika pembelian anda pada waktu yang betul. Jika tming tidak betul, ada kemungkinan yang anda akan beli pada harga tinggi dan jual semula dikemudian hari pada harga yang lebih murah. Jika anda lakukan ini, ianya akan menyebabkan anda mengalami kerugian.

Apapun, cara ini tidak digalakkan mengikut pendapat Ustaz Zaharudin Abdul Rahman, boleh tengok video ini untuk info lanjut ye.

Apapun, ini adalah 3 cara pelaburan kryptocurreny yang mudah untuk anda ikut. Anda boleh mengikut salah satu cara ini menggikut kesesuaian anda. Apapun, selamat melabur dalam Bitcoin.

Leave a Reply