57b28b9298e84273ae710e909df85ae7

Cara TopUp Tune Talk – 2 Cara Paling Mudah Untuk Anda

Kali ini kami nak berikan tips kepada anda berkenaan dengan cara topup Tune Talk yang merupakan antara telco yang agak baru tetapi mempunyai reputasi yang baik di Malaysia. Kepada pengguna Tune Talk, memang anda kena topup setiap bulan untuk memastikan yang anda boleh membuat panggilan dan yang lebih penting sekali adalah anda boleh dapat pakej data yang menari setiap bulan.

Selain daripada tips untuk membuat topup, kami akan tunjukkan cara untuk semak bari Tune Talk dan tips lainnya agar ianya lebih memudahkan anda untuk membuat pembayaran. Memang ada banyak cara untuk membuat topup dan kali ini, kami akan tunjukkan beberapa cara penting untuk anda berjimat.

Tips Untuk TopUp Tune Talk

#1 Tambah Nilai di Lazada

Ada banyak cara untuk anda topup Tune Talk anda dan salah satu daripada caranya adalah dengan menggunakan laman web jualan online seperti Lazada. Ya, Lazada bukan sahaja menjual peralatan elektrik dan telefon pintar, untuk pengetahuan anda juga, anda masih boleh untuk tambah nilai kreadit anda. Berita baik, tidak hanya sekadar Tune Talk, Celcom, Digi, Maxis dan Umobile semua pun boleh anda buat tambah nilai. Nak tahu lebih lanjut untuk dapatkan maklumat yang lebih baik, boleh ke SINI.

Caranya mudah sahaja, masukkan no telefon anda, pilih telco yang anda sedang gunakan, pilih jumlah yang anda ingin topup. Kemudian, boleh terus tambah nilai dengan mudah dan lebih berkesan. Memang memudahkan urusan anda.

#2 Beli di 7Eleven

Satu lagi cara yang mudah dan cepat adalah untuk anda membuat tambah nilai di 7Eleven yang berdekatan. Pergi ke sana dan katakan yang anda mahu tambah nilai untuk Tune Talk anda. Beritahu nilai yang anda ingin tambah dan orang di kaunter akan berikan nombor kod. Ikut arahan yang diberikan pada resit dan anda boleh terus tambah nilai berdasarkan kepada jumlah yang anda beli. Ianya mudah dan cepat, pun anda boleh gunakan tips dan cara ini untuk tambah nilai.

Kalau beli di 7Eleven ini, memang anda kena ke kedai dan pergi ke kaunter semua. Kalau anda tak nak cepat, memang tiada masalah untuk anda gunakan cara ini dan kalau anda nak semuanya diuruskan secara lebih pantas dan teratur, pilihan no 1 iaitu pembelian di Lazada adalah antara beberapa pilihan yang paling kami rekemen untuk anda gunakan. Pilih yang terbaik untuk anda.

Semak Baki Tune Talk

Kalau anda merupakan pengguna Tune Talk ini, sebenarnya tidak susah untuk anda semak baki yang ada. Dari situ barulah boleh tahu berapa jumlah yang ada dan boleh agak-agak sama ada anda perlu tambah nilai yang lain ataupun sebaliknya.

Sebagai panduan untuk anda, untuk periksa baki,

*133# tekan dial untuk tambah baki

*134# semak baki data internet

Ini adalah antara beberapa cara terbaik yang anda boleh gunakan untuk periksa baki data dan kredit yang ada pada telefon anda. Memang terbaik dan pastinya ini akan memudahkan urusan anda. Pilih yang mana yang terbaik untuk anda gunakan.

Apapun, kalau anda nak tahu tips dan cara untuk tambah nilai untuk Tune Talk, ini adalah antara beberapa cara mudah untuk anda. Pilihlah yang mana yang terbaik untuk anda dan sekarang ini pun, cara nak tambah nilai ini tidaklah terlalu susah.

Leave a Reply