57b28b9298e84273ae710e909df85ae7

Cek Baki Celcom Mudah Dalam 5 Minit

Kali ini kami nak berikan cara untuk anda cek baki Celcom yang ada pada akaun anda, Khususnya yang menggunakan Prepaid. Celcom merupakan satu jenama syarikat telekomunikasi yang merupakan antara yang terbesar di Malaysia dan merupakan syarikat yang mempunyai banyak cawangan di luar negara. Pakej yang ditawarkan oleh Celcom ini pun memang menarik, walaupun telah lama berada di Malaysia, ianya tetap menjadi pilihan rakyat Malaysia sehingga kini.

Nak semak baki Celcom tidak susah dan tidak memerlukan banyak kerenah. Walaupun anda menggunakan postpaid, pun boleh menggunakan tips yang ini. Memang tiada masalah dan berikut adalah antara tips yang kami ingin kongsikan kepada anda.

Semak Baki Akaun

#1 Pengguna Prepaid

Kalau anda menggunakan prepaid dan seringkali topup akaun anda menggunakan pelbagai cara, lebih mudah untuk lihat baki dalam akaun anda. Caranya mudah sahaja, boleh ikut langkah-langkah di bawah;

-Dail *124# – Balance Check
-Dail *111# – Balance Check plus Recharging

Mudah kan?

Kalau untuk pengguna Postpaid pula, berikut adalah cara yang anda boleh ikut;

Dial *118#
#2 for Myaccount – Select send
#1 for CHECK BILL – Select DONE
If successful u will receive message : U bill is succesfully delivered.

Ini adalah antara cara mudah untuk lihat baki dalam akaun anda. Kalau anda nak tahu macam mana nak tambah nilai dengan jimat dan cepat, boleh tengok di SINI. Antara cara yang cepat untuk anda menambah nilai ataupun topup telefon anda. Lebih menarik, dengan cara ini, anda boleh menambah nilai bukan sahaja kalau anda menggunakan Celcom, kalau anda menggunakan syarikat lain seperti Umobile pun tiada masalah untuk tambah nilai menggunakan cara ini.

#2 Dafar Dengan Celcom

Cara ini lebih kepada pengguna postpaid, iaitu anda membuka akaun terus dengan Celcom untuk melihat sama ada anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat terkini berkenaan dengan no akaun anda. Boleh ke laman ini dan terus mendaftar dengan pihak syarikat ini dan anda boleh melihat pelbagai aktiviti dan info. Antaranya adalah data, bayaran dan lain-lain. Boleh ke SINI untuk mendapatkan info yang lebih baik;

Mudahkan nak cek balance dalam akaun Celcom anda? Boleh aplikasikan dan kalau berbaloi, boleh share kepada rakan-rakan yang lain.

Pakej Internet dan Smartphone Terbaik

Celcom memang menawarkan pakej internet yang menarik dan boleh dikatakan antara yang terbaik di Malaysia. Ianya boleh dikatakan antara pakej yang berbaloi untuk anda langgan terutama banyak pakej yang terkini memberikan penjimatan data yang sangat berbaloi. Untuk itu, memang anda perlukan data yang menarik untuk telefon anda.

Kali ini kami lebih menggalakkan anda mendapatkan pakej telefon yang bagus-bagus kerana sekarang ini sudah ada banyak pilihan telefon berkualiti pada harga yang sangat murah. Terutama sekarang ini ada banyak jenama dan pilihan model telefon yang bagus pada harga mampu beli dan mampu dimiliki. Tak percaya? Boleh tengok model Asus ini yang pada saya adalah antara pilihan yang kami rekemen kepada anda. Selain daripada model Asus ini, masih banyak lagi model lain yang berbaloi bergantung kepada bajet anda, kalau anda mempunyai bajet yang kecil pun tiada masalah untuk mendapatkan telefon berkualiti pada harga mampu beli.

Ini adalah antara cara untuk semak baki dalam akaun anda. Boleh ikut langkah demi langkah untuk semak dan tambah nilai baki akaun anda.

Leave a Reply