57b28b9298e84273ae710e909df85ae7

Cara Cek Baki Umobile – 2 Cara Mudah Ini Dapat Bantu Anda

Umobile merupakan salah satu daripada syarikat telekomunikasi yang mempunyai reputasi yang baik di Malaysia. Sekarang ini, ada banyak syarikat telekomunikasi yang baik dan mereka memang saling berlumba untuk mendapatkan pelanggan. Kali ini, kami nak berikan kepada anda cara cek baki Umobile dan tips untuk share kredit Umobile.

Selain daripada itu juga, jemput untuk lihat artikel kami berkaitan dengan cara topup umobile anda di SINI. Dari situ, anda boleh mendapat beberapa cara mudah untuk menambah nilai untuk prepaid Umobile.

Semak Baki Umobile Anda Sekarang

Kalau anda menggunakan prepaid, tiada masalah untuk membuat semakan baki yang ada pada prepaid anda tersebut. Berikut adalah kod yang anda perlu dail kalau anda menggunakan Umobile. *118*8#.

Dengan kod ini, anda boleh terus dapat tahu berapa baki kredit anda. Memang mudah dan cepat dan tidak memerlukan masa yang terlalu lama pun. Dari situ juga, anda boleh lihat berapa baki kredit internet yang anda ada. Dari situ anda sudah boleh merancang samaada untuk tambah nilai ataupun tidak.

Setakat artikel ini ditulis, Umobile memberikan percuma 1GB data internet setiap kali anda mengekalkan tarikh tambah nilai kredit anda. Mungkin akan ada lagi pakej yang menarik daripada syarikat telco ini pada masa akan datang.

Cara Nak Share Kredit Umobile

Nak share kredit pun tak susah, ya tak susah. Anda ikut arahan apabila menekan *118# dan tekan dial. Boleh ikut arahan yang diberikan dan anda akan mendapat cara untuk menambah nilai. Ianya boleh dilakukan dan selamat mencuba.

Daripada LAMAN INI juga anda boleh share kredit ataupun tambah nilai bagi pihak orang lain. Masukkan nombor anda sendiri ataupun nombor orang yang ingin anda tambahkan nilai dan terus membuat pembayaran. Nak buat pembayaran pun sekarang ini tidaklah terlalu susah kerana anda mempunyai banyak pilihan untuk membuat pembayaran. Daripada kad kredit kepada perbankan online. Ianya memang memudahkan anda untuk share ataupun topup sendiri.

Yang tidak berapa menarik berkenaan dengan Umobile ini pula adalah, ianya tidak membenarkan untuk tambah tarikh aktif kredit anda. Setakat pengalaman saya menggunakan Umobile ini, memang tidak dapat nak tambah ataupun panjangkan tarikh aktif untuk telefon ini. Yang anda perlu lakukan adalah untuk sentiasa tambah nilai setiap bulan agar tarikh aktif terus berkekalan.

Pilihan Gadjet Berkualiti

Disebabkan oleh promosi yang berterusan daripada syarikat ini, memang perlu untuk anda upgrade telefon anda dengan yang lebih terkini dan terbaru. Sekarang pun sudah ada banyak pilihan smartphone dan telefon yang berkualiti dan bagus yang ada di pasaran untuk anda pilih. Antara pilihan yang ada adalah Huawei yang merupakan antara pilihan smarpthone yang berkualiti dan harganya pun memang berbaloi untuk anda dapatkan.

Kalau misalkata telefon anda perlukan upgrade ataupun sudah lama, kami sarankan untuk anda lihat apa yang Huawei sarankan kepada anda. Memang antara pilihan yang baik untuk lihat sendiri.

Apapun, ini adalah antara beberapa cara mudah untuk periksa baki Umobile anda. Ianya tidaklah sesusah yang anda mahukan. Cara yang mudah dan terbaik untuk anda pilih.

Leave a Reply