57b28b9298e84273ae710e909df85ae7

Decoder RTM Mytv Percuma – No 2 Paling Berbaloi

Untuk pengetahuan anda, Malaysia sedang dalam proses untuk beralih daripada menggunakan siaran berbentuk analog kepada menggunakan siaran digital sepenuhnya menjelang 2020. Boleh baca info lanjut di SINI. Untuk merealisasikan ini, pelbagai insentif diwujudkan untuk mewujudkan decoder yang diberikan secara percuma kepada rakyat Malaysia.

Walaupun ada dijual yang percuma, tetapi tidak semua layak untuk mendapatkan Mytv ini secara percuma. Yang layak hanyalah penerima BR1M untuk tahun 2017 ini. Apapun, sebagai alternatif lain, antara pilihan yang ada selain daripada alat ini adalah untuk anda dapatkan di Lazada dengan harga yang jauh lebih murah daripada harga yang ditawarkan di pasaran sekarang. Boleh tengok kepada feedback yang ditawarkan.

Artikel kali ini, kami akan rekemen 3 pilihan yang anda boleh gunakan untuk dapatkan decoder ini dan melihat channel yang basic seperti rancangan RTM, Media Prima, TV9 dan lain-lain lagi. Ianya sudah cukup dan memadai. Salah satunya adalah decoder RTM Mytv ini.

Pilihan Yang Ada

#1 Mytv

Yang pertama sekali, antara pilihan yang ada dan yang paling popular adalah Mytv yang direka khas dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Ianya adalah salah satu pilihan decoder dengan siaran digital bagi membolehkan anda untuk mendapat pelbagai siaran berkualiti pada harga yang terbaik. Yang menarik, anda cuma perlu bayar sekali sahaja dan terus boleh dapat siaran berkualiti yang lain. Nak tahu apa pilihan yang ada, kami rekemen yang ini. KLIK SINI Untuk Dapatkan di Pasaran.

#2 DVB T2

Selain daripada Mytv, kami pun rekemen yang ini. DVB T2. Harganya lebih murah berbanding dengan Mytv dan ianya berfungsi dengan baik dan berkualiti. Nak gunakan decoder ini, seperti juga Mytv, apa yang anda perlukan adalah indoor antena ataupun antena tulang ikan di television. Kombinasi siaran ini membolehkan anda mendapat pelbagai siaran TV dan setelah saya menggunakan alat ini, saya juga mendapat beberapa rancangan TV Singapore. Mungkin kerana saya tinggal di Johor Bahru.

Kalau anda tinggal di bandar-bandar besar memang tiada masalah menggunakan decoder ini. Tetapi kalau anda tinggal di kawasan yang agak pedalaman, kami tak rekemen decoder ini. Boleh tengok di SINI Untuk info lebih lanjut.

Ulasan penuh berkenaan dengan alat ini di mana kami sendiri beli dan gunakan di rumah, boleh baca di SINI.

#3 NJOI

NJOI adalah salah satu pilihan yang ditawarkan oleh ASTRO. Kalau sebelum ini, perkhidmatan ASTRO adalah dalam bentuk bayaran bulanan. Tetapi kepada mereka yang tidak mahukan bayaran bulanan, ini adalah pakej bayar sekali sahaja dariapda ASTRO. Nak dapatkan yang ini, boleh pergi ke dealer terdekat dengan rumah anda. NJOI ini lebih mahal sedikit daripada MYTV dan juga DVB R2, tetapi berbaloi juga dan tiada masalah kalau anda mahukan yang ini.

Apapun, pilihan ditangan anda untuk dapatkan yang mana yang terbaik berdasarkan kepada apa yang anda mahukan. Ketiga-tiga pakej di atas adalah pekaj sekali bayar sahaja dan ianya lebih daripada mencukupi bagi mereka yang tidak berapa berminat menonton TV. Atau kepada mereka yang nak berjimat daripada bayar bulanan kepada Astro, baik ambil salah satu daripada pakej di atas ini, lebih berbaloi dan menjimatkan untuk jangka masa panjang.

Apapun, pilihan ditangan anda untuk anda dapatkan yang terbaik. Sekali lagi, kalau anda ingin dapatkan pilihan lebih banyak channel, memang Astro adalah pilihan yang ada, kalau setakat nakkan yang channel basic, yang ini sudah mencukupi.

Leave a Reply