57b28b9298e84273ae710e909df85ae7

GoPro Malaysia Review – Hero 5 dan Hero 6 Terkini

Kali ini kami akan berikan GoPro Malaysia Review kepada anda yang sedang mencari kamera aksi berkualiti ini. Harap, artikel pada kali ini dapat memberikan kepada anda beberapa informasi berkenaan dengan kamera ini dan membolehkan anda membuat keputusan terbaik sama ada untuk membeli alat ini ataupun sebaliknya.

GoPro merupakan kamera aksi yang mendapat sambutan yang luar biasa diserata dunia walaupun di Malaysia. Ianya unik kerana memberikan fungsi kamera wide angle bagi membolehkan gambar-gambar dan video pada lokasi dan tempat yang sukar di rakam. Antaranya adalah semasa ski, kayak, memanjat gunung dan aktiviti sukan lasak lainnya. Lantaran daripada keunikan ini, ianya mendapat tempat yang baik di pasaran dunia dan juga di Malaysia.

Beberapa Pilihan GoPro di Malaysia

Kalau mahukan GoPro ini, antara beberapa pilihan yang ada adalah Hero 4 dan Hero 5 yang didatangkan bersama dengan dron Karma. Akan tetapi, disebabkan oleh masalah teknikal yang dialami oleh Dron Karma, penggunaan Dron bersama dengan Go Pro terpaksa ditarik balik atas faktor keselamatan dan penambahbaikan.

Apapun, untuk anda yang inginkan kamera aksi unik ini pada harga yang murah dan terbaik, berikut adalah antara beberapa pilihan yang ada yang anda boleh dapatkan di pasaran;

1 Murah – Hero 4 Black Edition – KLIK untuk harga terkini dan info

2 Hero 5 – Terkini dan Termurah di Pasaran – KLIK untuk harga dan deal terbaik

3 Hero 4 Silver – Antara Termurah dan terbaik – KLIK untuk detail spec dan harga

Tidak terhad kepada ini, pihak GoPro juga turut akan mengumumkan keluaran terbaru yang akan hadir pada akhir tahun 2017 ini. Apapun, anda boleh ke SINI untuk mendapatkan beberapa pilihan yang terbaik dan terkini dengan harga yang menarik di pasaran bagi membolehkan anda mendapatkan deal-deal terbaik.

Apa Perbezaan antara Hero 5 vs Hero 4

Apa yang menarik berkenaan dengan Hero 5 adalah harganya yang lebih murah daripada Hero 4. Setelah syarikat ini sukses dengan keluaran model Hero 4, ramai syarikat lain yang cuba menawarkan kamera pada speasifikasi yang sama dan pada harga yang lebih murah. Untuk itu, Hero 5 hadir menawarkan beberapa fungsi menarik bagi membolehkan pengguna kekal dan mendapat lebih banyak manfaat selain daripada harganya yang lebih murah.

Go Pro hadir dengan ‘image stabalizer’ bagi membolehkan gambar yang stabil diambil walaupun ketika anda sedang menaiki basikal. Fungsi menarik ini membolehkan anda terus mengambil gambar tanpa perlu risau akan permukaan yang berbukit dan berbonggol.

Hero 5 juga mempunyai GPS yang ada di dalamnya bagi membolehkan anda mengetahui di mana tempat ketika anda sedang mengambil gambar.

Fungsi suara dalam pelbagai bahasa juga adalah antara yang diperkenalkan pada Hero 5 berbanding dengan Hero 4. Anda boleh mengarahkan alat ini untuk mengambil gambar atau video dengan arahan suara, juga boleh menghentikan rakaman dengan hanya menggunakan arahan suara. Ianya sangat berguna terutama ketika anda sedang berbasikal menuruni bukit dan hanya dengan arahan suara, rakaman terhenti. Ianya menjanjikan pengalaman yang menarik kepada anda.

Yang paling penting sekali adalah harga, juga kekerapan anda menggunakan semua fungsi yang ada pada kamera aksi ini. Kalau memang anda menggunakan semua fungsi pada Go Pro ini, memang tidak salah untuk anda dapatkan satu dipasaran.

Keluaran terbaru dengan fungsi unik

Apapun, kalau anda inginkan GoPro dengan keluaran terbaru dan fungsi yang unik, pastinya keluaran yang akan datang hadir dengan fungsi yang lebih menarik dan terbaik. Boleh ke SINI untuk Go Pro dengan fungsi yang jauh lebih menarik dan terbaik.

Peminat GoPro tentunya menantikan hadirnya Hero 6 yang akan diumumkan tidak lama lagi.

Leave a Reply