Harga Asus Zenfone 4 Terkini dan Speasifikasi

Asus merupakan jenama yang tidak asing lagi dalam arena telefon pintar di Malaysia ini. Ianya merupakan jenama yang mengeluarkan peranti pada harga yang sangat berbaloi dan pada masa yang sama, menawarkan speasifikasi yang berkualiti dan terbaik. Ianya mula menjadi popular dengan pengeluaran Zenfone 3, kali ini, kami ingin memberikan review kami berkenaan dengan peranti terbaru dan cara untuk anda semak harga Asus Zenfone 4.

Artikel pada kali ini adalah, kami ingin berikan review khusus berkenaan dengan peranti Zenfone 4 ini yang merupakan antara piliha yang baru dan sangat berbaloi. Terutama kepada anda yang inginkan telefon berkuasa pada harga yang mampu beli. Ianya adalah pilihan telefon yang sangat baik untuk anda gunakan jangka masa panjang.

Antara model yang bakal memasuki pasaran Malaysia adalah model Zenfone 4 Max dan Selfie. Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan fungsi yang berbeza. Anda boleh lihat sendiri yang mana yang lebih sesuai dengan apa yang anda ingin gunakan.

Pilihan Yang Ada

Untuk pengetahuan anda, telefon ini masih baru di pasaran dan jenama Asus tidaklah sepopular jenama Samsung atau jenama lainnya. Cara terbaik untuk mendapatkan telefon ini adalah dengan melihat pilihan yang ada secara online. Dalam banyak-banyak laman, kami paling rekemen untuk anda lihat apa yang Lazada tawarkan. Kalau anda nak tahu berapa harga peranti ini, boleh lihat beberapa pilihan yang ada di bawah;

1 Zenfone 4 Selfie

2 Model Pro

3 Klik untuk lihat apa yang model Selfie Pro

Ini adalah antara 3 pilihan peranti pintar terbaik dan terkini. Lebih menarik lagi adalah, ianya bakal didatangkan dengan Android Oreo yang merupakan OS terbaru daripada Android. Boleh tengok berapa harga telefon pintar ini di atas dan kalau kena dengan bajet anda, boleh cuba dapatkan di Lazada.

Kalau anda beli ketika masih dalam “pre-order” anda akan menerima beberapa hadiah daripada Pihak Asus sendiri seperti power bank dan lain-lain. Apapun, buat pilihan anda untuk telefon berkualiti dan berkuasa daripada Asus ini.

Speasifikasi, Kelebihan dan Kekurangan Asus Model Zenfone Four

Ketiga – tiga peranti ini hadir dengan skrin 5.5 inch dan dijamin akan hadir dengan OS terbaru daripada Android iaitu Oreo. Skrin 5.5 Inch ini adalah skrin yang paling biasa digunakan pada masa ini, ianya tidaklah terlalu besar dan tidaklah terlalu kecil.

#1 Selife

Model ini didatangkan dengan Cip Processor Qualconn NSN8937 Snapdragon. Mempunyai 4GB RAM dan 64GB ruangan memori. Yang menarik daripada model Selfie ini adalah, kelebihan pada kamera hadapan iaitu fungsi dua kamera (20MP + 8MP) sekaligus membolehkan gambar diambil dengan lebih cantik dan menarik. Untuk kamera utamanya pula adalah 16MP. Kepada anda yang memang kerap berselfie, ini adalah pilihan yang paling ideal untuk anda.

#2 Selfie Pro pula hadir dengan beberapa penambahan. Yang ketara adalah kapasiti bateri yang lebih besar iaitu 3000mAh Li-Ion. Dual kamera lebih baik iaitu 24MP + 5MP untuk kualiti gambar yang lebih baik dan berbaloi. Ianya juga memnggunakan skrin Amoled bagi membolehkan gambar diambil dengan lebih terang dan berbaloi.

#3 Model Max Pro pula menawarkan jumlah kapasiti bateri yang lebih besar iaitu 5000mAh. Ianya hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 425 dab pilihan memori 3GB RAM dan 32GB storage. Ianya menggunakan kamera 16MP untuk hadapan dan belakang sekaligus adalah antara pilihan yang baik untuk jurukamera amateur.

Apapun, ini adalah antara kelebihan dan kelemahan Zenfone ini. Seterusnya di tangan anda untuk tentukan yang mana yang bersesuaian dengan apa yang anda mahukan. Buat pilihan sekarang mengikut bajet yang anda ada.

Leave a Reply

Required fields are marked *.