Harga Bateri Iphone 6 – Nak Tukar Atau Beli Je Baru?

Iphone merupakan satu peranti pintar yang menjadi kegilaan pada masa kini. Ianya terkenal kerana kualiti yang diberikan dan pada masa yang sama, reka bentuk dan ketahanan yang baik adalah antara faktor iphone ini meningkat naik dari masa ke semasa. Pihak Apple juga terus dari masa ke semasa mengeluarkan model terbaru dan salah satu yang menjadi hangat pada suatu ketika dahulu adalah iphone 6. Sudah bertahun iPhone 6 dikeluarkan dan antara yang menjadi masalah adalah untuk mengetahui harga bateri iphone 6 ini.

Kalau mengalami masalah dengan bateri iphone ini, cara terbaik adalah dengan tukar bateri iphone 6 ini dengan yang baru. Ini adalah cara yang termudah dan tercepat dan untuk itu, apa yang anda perlu lakukan adalah untuk pergi ke kedai-kedai telefon berdekatan. Selain daripada itu juga, kami akan tunjukkan cara lain sebagai alternatif untuk tukar bateri iphone 6 ini di pasaran. Ianya mudah dan tidak memakan belanja yang besar.

Cara Menukar Bateri Terbaik

#1 Tukar Dengan Yang Baru

Tukar bateri baru adalah antara alternatif terbaik? Betul ke? Mungkin ya dan mungkin tidak. Kalau nak ikutkan, ada lagi keluaran terbaru selain daripada iphone 6 ini yang lebih berbaloi untuk anda beli. Lagipun, banyak lagi pilihan telefon murah yang menggunakan Android yang anda boleh pilih berdasarkan kepada speasifikasi dan harga yang tidak jauh beza banyak dengan kalau anda menukar bateri model Apple ini.

Kalau anda tetap ingin menukar bateri yang ada, pilihan yang ada adalah dengan mendapatkan ataupun servis di kedai-kedai telefon berdekatan. Bergantung sama ada mereka mempunyai spare parts untuk iphone 6 ini ataupun sebaliknya. Tidak semua kedai mempunyai spare part ataupun alat ganti untuk peranti ini.

#2 Beli Telefon Baru

Ini yang paling kami rekemen kepada anda untuk menukar telefon baru sahaja kalau anda mempunyai masalah dengan bateri. Banyak pilihan telefon yang murah-murah sekarang ini bergantung kepada harga dan speasifikasi yang anda mahukan. Lagilah dengan lambakan jenama-jenama dari China seperti Oppo dan Xiaomi ini menyebabkan pilihan untuk pengguna bertambah banyak dari hari ke hari.

Kalau nak model yang premium pun tiada masalah kerana ada sahaja model premium antaranya adalah Huawei P10 ataupun Samsung Galaxy S8 yang pada kami antara telefon Android terbaik buat masa ini. Anda pilih dan buat keputusan sendiri yang mana yang berbaloi dan terbaik.

#3 Beli Iphone Terkini

Kalau anda merupakan peminat tegar jenama iPhone, memang lebih baik untuk mendapatkan iPhone daripada Android. Memang ada perbezaan antara kedua-dua jenama ini di pasaran sekarang. Kalau anda merupakan pengguna tegar barangan Apple, adalah lebih baik untuk anda dapatkan sahaja jenama ini terutama telefon terkini Apple ini.

Tanda-Tanda Sudah Tiba Masa Untuk Tukar Bateri Baru

Ini adalah antara tanda yang anda perlu menukar bateri yang baru;

1 Cas cepat penuh tapi bila guna cepat habis
2 Bateri gelembung
3 Sangat cepat panas

Ini adalah antara tanda-tanda awal yang anda perlu menukat yang baru. Apapun, kalau anda mempunyai tanda-tanda ini, yang kami rekemen di atas adalah antara pilihan yang anda boleh ambil dan pilihlah yang mana yang terbaik untuk anda.

Leave a Reply

Required fields are marked *.