57b28b9298e84273ae710e909df85ae7

Harga GoPro Hero 6 – Terkini dan Termurah

GoPro merupakan kamera yang tidak asing lagi dalam arena kamera aksi di Malaysia dan didunia. Terkini dan terbaru, ianya hadir dengan pilihan terbaru daripada siri Hero 6. Setelah mengeluarkan pilihan Hero 5 dan Hero 4 sebelum ini, ianya hadir dan membawakan pilihan terbaik dan teknologi terkini. Ramai yang tertanya-tanya, berapakah harga GoPro Hero 6 ini di pasaran?

Khusus kepada peminat GoPro dan kepada mereka yang ingin mendapatkan peranti ini di pasaran sekarang, kami berikan kepada anda beberapa pilihan terkini untuk anda dapatkan peranti ini pada harga terbaik dan murah. Yang penting anda boleh survey dulu pilihan yang ada dan kalau berbaloi dengan apa yang anda mahukan, boleh terus buat pemilihan.

Harga Terkini

Sebelum pergi lebih jauh, apa yang penting adalah harga peranti ini sama ada ianya berdasarkan kepada bajet anda ataupun sebaliknya. Perlu diingatkan yang harga Hero 6 ini adalah dalam linkungan RM2500 kebawah. Nak tahu harga yang sebenar boleh tengok di laman Lazada INI.

>>Juga Pilihan Lain daripada GoPro di SINI

Kepada anda yang merupakan peminat setia peranti GoPro ini, boleh menjadi yang terawal dan mendapatkan peranti ini yang dilancarkan pada 29 September ini. Jadilah yang terawal dan terus dapatkan peranti ini.

Apa Yang Menarik Untuk Siri 6 Ini?

Hero 6 hadir dengan kekuatan kamera 12MP dan merakamkan video 4K pada kadar 60fps. Selain itu juga, ianya turut hadir dengan keupayaan menangkap gambar sama ada dalam bentuk RAW ataupun JPG. Nak yang mana, terpulang kepada anda.

Kepada yang berminat untuk merakam video pula, kamera ini hadir dengan keupayaan merakamkan video pada kadar 1080p pada 240 fps. Memang pilihan yang terbaik untuk kamera berkualiti dan berguna. Kalau ini yang anda cari, memang boleh dapatkan sekarang dan menjadi antara yang terawal mendapatkan peranti ini di pasaran.

Ianya turut hadir dengan cip pemprosesan yang tersendiri yang dikenali sebagai GP1. Ianya membolehkan anda untuk memproses gambar dan video dengan lebih kemas dan cantik, juga antara pilihan kamera yang berkualiti dan berbaloi untuk anda gunakan. Jangan lupa, ianya juga membolehkan sokongan wifi untuk pemindahan gambar, tidak perlu lagi menggunakan card reader atau sebagainya. Berbaloi memang berbaloi. Boleh tengok video di bawah ini sebagai salah satu pilihan yang anda ada.

Kepada yang berminat, kami sarankan untuk anda lihat pilihan yang ditawarkan secara online. Memang berbaloi untuk anda dapatkan peranti ini pada harga yang terbaik dan mampu beli. Boleh lihat link di atas untuk pembelian peranti ini pada harga yang anda mahukan.

Kamera Aksi + Dron

Mahu lebih tampil menarik dan bergaya, kenakan GoPro versi 6 ini dengan Dron yang sesuai dengannya. Tiada masalah untuk anda kenakan dengan GoPro Karma, yang merupakan dron khusus untuk pilihan Dron terbaik untuk anda. Kalau tidak pun, pilihan yang anda ada untuk DJI pun ada banyak. Apapun, pilihan di tangan anda untuk anda tentukan dan dapatkan yang mana yang terbaik berdasarkan kepada apa yang anda mahukan.

Kalau anda tidak mahukan dron pun tidak mengapa kerana anda masih boleh menggunakan Hero 6 ini untuk pelbagai kegunaan. Salah satunya adalah untuk mengambil gambar dan video pada speasifikasi yang terbaik yang anda mahukan.

Leave a Reply