57b28b9298e84273ae710e909df85ae7

Review Harga Macbook Pro Murah

Kali ini kami ingin berikan review harga Macbook Pro murah yang ada di Malaysia. Macbook Pro merupakan laptop istimewa keluaran Apple yang mendapat tempat di pasaran. Walaupun harganya lebih mahal daripada laptop biasa, tetapi dari segi kualiti memang terjamin. Kalau anda inginkan laptop yang mempunyai gaya tersendiri, ataupun penggemar barangan Apple, memanglah Macbook pro adalah pilihan yang terbaik.

Kali ini, kami nak berikan beberapa review terutama selepas menjadi pengguna Macbook Pro sehingga ke hari ini. Pejam celik sudah 5 tahun menggunakan Macbook Pro dan memang puas hati. Saya mula menggunakan Macbook Pro sejak dari tahun 2011 dan sehingga ke hari ini, masih bertahan kerana memang tiada banyak ragam.

Khas pada artikel kali ini, saya akan berikan beberapa tips kepada anda terutama kalau nak dapatkan Macbook Pro ini pada harga yang murah dan berbaloi. Pada masa yang sama, anda masih lagi memperolehi warranty daripada laptop ini.

Dimana nak beli Macbook Pro

Anda boleh ke Autorised Reseller untuk Macbook Pro, itu sudah pasti, tetapi dari segi harga memang standard dan telah tetap. Untuk lebih penjimatan dan pada masa yang sama, anda mendapat barangan yang original, di Lazada adalah antara pilihan terbaik yang ada. Beli di Lazada adalah lebih mudah kerana anda hanya membeli dan barangan yang anda beli itu akan terus sampai ke rumah. Terbaik dan memudahkan urusan.

Kalau nak cari Macbook Pro terbaik dan murah, berikut adalah antara beberapa barangan yang saya rekemen kepada anda. Boleh lihat dibawah untuk maklumat lanjut;

1 Macbook Pro – Harga permulaan Apple terbaik
2 Macbook Pro harga pertengahan – Kapasiti data lebih tinggi
3 Macbook Pro kapasiti tinggi – Processor besar dan terbaik

Terbaik kan, tidak terhad kepada Macbook Pro sahaja, kalau anda adalah penggemar barangan Apple, banyak lagi barangan lain yang anda boleh dapatkan di Lazada. Memang terbaik dan memudahkan urusan. Barangan seperti Ipad, Iphone, Ipod dan lain-lain lagi yang anda boleh dapatkan pada harga diskaun. Siapa tak nak harga Macbook Pro murah dan barangan yang anda perolehi adalah barangan yang original.

Alang-alang membeli Macbook Pro, jangan lupa cari peralatan komputer yang lain. Kalau masih belum ada hard disk external[link], boleh cari di Lazada juga memang berbaloi. Juga barangan lain seperti Pen Drive dan lain-lain untuk memudahkan anda membuat tugasan harian. Kalau ada barangan seperti ini memang memudahkan urusan dan pembelian boleh dilakukan sekaligus.

Review Menggunakan Macbook Pro

Saya tiada masalah menggunakan Macbook Pro. Dari segi kualiti dan design memang berbaloi. Cuma, yang tidak bagus adalah apabila anda ingin memasang software yang tidak support OS Mac, memanglah kena pasang OS Windows di Mac. Kalau anda tidak sanggup untuk tambah duit dikemudian hari untuk pasang OS Windows, saya tidak galakkan untuk anda menggunakan OS Mac. Tetapi, kalau anda tiada masalah, apa salahnya.

Lagipun, OS Ms Windows memang ada dijual murah di Lazada. Tak percaya boleh KLIK SINI.

Itu sahaja yang menjadi masalah saya semasa menggunakan Macbook Pro. Kalau anda bukan jenis yang suka install software yang unik dan lain daripada yang lain, memanglah kena pakai windows. Kalau anda cuma nak buat coding ataupun design, ya, pakai Macbook pun tiada masalah kerana dari segi kualiti grafik, memang Macbook adalah antara yang terbaik yang ada di pasaran.

Belilah Barangan Yang Berkualiti

Alang-alang membeli, belilah yang berkualiti dan tahan lama. Kalau anda inginkan kualiti, Macbook adalah antara pilihan yang ada. Memang tidak banyak ragam dan rata-rata rakan saya yang menggunakan Macbook, tidak akan bertukar ke laptop jenama lain kerana sudah serasi dengan Macbook. Mungkin sudah sampai masa anda untuk membuat pilihan dan memagn pilihan ditangan anda.

Leave a Reply