57b28b9298e84273ae710e909df85ae7

Hukum Pelaburan Bitcoin – Halal atau Haram?

Ramai yang nak tahu berkenaan dengan bitcoin sama ada halal ataupun haram. Arenadigital terpanggil untuk menulis berkenaan dengan isu ini kerana ianya merupakan mata wang digital ataupun dipanggil Crypthocurrency. Ianya mendapat perhatian kerana berjaya mencapai kenaikan sehingga USD19000 untuk 1 unit bitcoin. Disebabkan oleh kenaikan yang tinggi ini, ramailah yang mula untuk melabur dalam pelaburan ini. Ianya berbaloi? Adakah palaburan Bitcoin ini Halal ataupun Haram? Kami akan kupas pada artikel ini.

Sedikit berkenaan dengan Bitcoin ini adalah, ianya merupakan salah satu daripada Crypthocurrency yang paling popular di dunia. Untuk info, selain daripada Bitcoin, ada lebih daripada 1000 jenis mata wang digital yang lain, tetapi disebabkan oleh populariti, lebih mudah mendapatkan info berkenaan dengan Bitcoin ini. Selain daripada Bitcoin ini, antara mata wang digital lain yang popular adalah Litecoin, Etherium dan lain-lain lagi. Apapun, kalau anda ingin mendapatkan info lanjut berkenaan dengan Bitcoin ini dan sejarah perihal mata wang ini, anda boleh dapatkan info lanjut di SINI.

Pelaburan Bitcoin – Yang Halal Dan Haram

Bitcoin merupakan satu mata wang yang decentralised, bermaksud tidak terikat dengan mana-mana bank negara di dunia ini. Disebabkan oleh itu, ianya tidak ada kaitan dengan politik sesebuah negara dan ada yang menggang ianya jauh lebih baik daripada mata wang yang ada sekarang iaitu fiat money. Disebabkan oleh sifatnya ini, ramai yang cuba untuk mendapatkan info lanjut dan ingin untuk mendapatkan info mengenainya.

Setakat ini majlis fatwa kebangsaan ataupun panel syariah tidak mengeluarkan dengan jelas sama ada pelaburan Bitcoin ini sama ada halal dan haram. Kami akan update daripada masa ke semasa berkenaan dengan kenyataan rasmi daripada pakar di Bank Negara ataupun di Panel Syariah Negara. Apapun, Dr Zaharudin Abdul Rahman ada memberikan padangan beliau berkenaan dengan sama ada pelaburan dalam wang digital ini halal ataupun haram, berdasarakan kepada pandangan beliau, pelaburan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti yang ada di bawah.

Jenis-jenis Pelaburan Yang Anda Boleh Lakukan Dengan Bitcoin

#1 Beli Bitcoin Untuk Elak Inflasi – Boleh

Memang mata wang kita ini sering mengalami inflasi juga kenaikan harga barang yang melampau pada masa kini menyebabkan mata wang kita semakin mengecil. Sebagai alternatif, simpan dalam Bitcoin adalah dibolehkan mengikut pandangan Ustaz Zaharudin. Ianya sama seperti anda menyimpan emas untuk melindungi nilai mata wang anda agar kekal dan tidak hilang ditelan inflasi. Untuk itu anda boleh dapatkan Bitcoin dan simpan. Tetapi kena pastikan yang anda berurusan dengan pihak yang betul dan mendapatkan info yang betul. Pastikan pihak ataupun exchange ini memang berada di Malaysia untuk mendapatkan mata wang ini.

#2 Beli Bitcoin Untuk Pelaburan – Beli Masa Tinggi dan Jual Masa Rendah (Tak Boleh)

Ianya adalah salah satu jenis pelaburan dengan mengharapkan yang nilai mata wang ini akan naik pada masa hadapan. Untuk pelaburan jenis ini, Ustaz Zaharudin mengatakan tidak boleh kerana ada unsur-unsur Gharar dalam jenis ini serta pembelian yang tidak jelas. Gharar adalah satu kontrak yang tidak jelas dan tidak digalakkan untuk anda membuat pelaburan jenis ini disebabkan oleh itu. Apapun, boleh tengok video di bawah dan lihat pandangan UZAR berkenan dengan isu ini.

#3 Beli Daripada Skim Pelaburan Yang Tidak Berdaftar

Ini satu lagi yang semakin popular di Malaysia. Ada pihak ketiga yang mengatakan, mereka akan melabur dalam Bitcoin, anda berikan wang kepada mereka dan mereka akan laburkan dalam mata wang digital ini. Nasihat saya berhati-hati dengan pihak ketiga seperti ini dan lihat sama ada mereka berdaftar dengan Bank Negara. Kalau berdaftar, boleh teruskan dan kalau tidak berdaftar, nasihat kami jangan teruskan.

Apapun, ini adalah antara pandangan daripada seorang pakar kewangan negara berkenaan dengan halal dan haram dalam pelaburan Bitcoin. Disebabkan bank negara ataupun majlis fatwa tidak mengeluarkan apa-apa lagi fatwa berkenaan dengan isu ini, pandangan ini adalah antara yang paling kuat yang anda boleh ikut.

Leave a Reply