Iphone atau Android, bagus mana?

Kami tahu, ramai yang dilema untuk memilih sama ada iphone ataupun android, bagus yang mana untuk anda gunakan. Kalau nak ikutkan, memang kedua-dua peranti ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada rakyat Malaysia dan antara dua sistem peranti yang paling banyak digunakan di seluruh dunia. Android adalah terbaik dan paling ramai digunakan.

Jadi, diantara keduanya, memang ada kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Kali ini, kami akan mencuba sebaik mungkin untuk membantu anda memilih di antara android dan iphone, manakah yang lebih bagus dan terbaik. Agar anda boleh gunakan peranti ini untuk satu jangka masa yang lama.

Lebih baik beli Samsung ataupun Iphone

Bila cerita pasal android, memang yang akan terfikir adalah Samsung. Samsung memang menggunakan andorid untuk kebanyakan peranti yang digunakan. Tetapi, bukan sekadar Samsung sahaja yang menggunakan android, banyak lagi jenama lain yang menggunakan android untuk peranti kegunaan mereka.

Dari segi speasifikasi, memang tidak dinafikan yang peranti Samsung memang memberikan kualiti dan harga yang sangat berbaloi. Ianya boleh dikatakan lebih murah sedikit berbanding dengan Iphone. Banyak pilihan Samsung yang murah yang anda boleh dapatkan di pasaran. Kalau anda mahukan peranti Samsung ini, dan kena dengan bajet yang anda ada, boleh cuba dapatkan satu di pasaran kerana Samsung ini memberikan kualiti dan harga yang sangat berpatutan. Berikut adalah pilihan Samsung murah.

Iphone pun tidak kurang hebatnya kerana anda dapat memiliki salah satu peranti yang berkualiti. Jarang kami melihat pengguna iPhone yang tidak berpuas hati dengan peranti milik mereka. Apapun, sedikit tips dari kami untuk dapatkan iphone pada harga yang murah adalah dengan mendapatkan iphone model lama seperti model iPhone 6 atuapun iPhone 5. Memang harga peranti yang lebih lama ini akan turun banyak setelah model iPhone yang terbaru diperkenalkan.

Dari segi kualiti memang iPhone adalah terbaik. Tetapi dari segi harga, memang lebih tinggi sedikit daripada kebanyakan peranti android lain. Tetapi, kalau kena dengan bajet anda, memang tiada maslah untuk cuba dapatkan satu di pasaran kerana harga iPhone memang berbaloi dan rata-rata pengguna iPhone menggunakan iPhone untuk jangka masa yang lama.

Alternatif Kepada Samsung – Apa Pilihan Yang Ada

Kalau mahukan peranti yang berkualiti pada harga yang murah pun sudah ada banyak dipasaran sekarang ini. Peranti-peranti seperti ini memberikan lebih banyak pilihan terutama kepada pengguna untuk memilih yang mana yang terbaik berdasarkan kepada harga dan speasifikasi yang anda inginkan.

Kebanyakan peranti dari China memang menawarkan smarpthone Andorid pada harga yang tidak masuk akal tetapi pada masa yang sama, mengekalkan speasifikasi yang tinggi.

Antara contoh peranti yang memberikan kelebihan dari segi harga tetapi kualiti yang terbaik adalah Oppo ini dan juga Huawei P10. Ada banyak lagi peranti lain yang serupa tetapi, 2 peranti ini memang boleh memberikan saingan yang hebat kepada iPhone terbaru dan yang lebih penting adalah, harga yang diberikan pula memang berpatutan.

Yang Mana Terbaik?

Disebabkan oleh faktor harga, kami rekemen untuk anda dapatkan peranti Android seperti Oppo ataupun Huawei yang mempunyai speasifikasi yang tidak jauh daripada iPhone tetapi ditawarkan pada harga yang jauh lebih murah.

Tetapi, masih tiada masalah kalau anda memang meminati iPhone kerana iPhone adalah peranti yang sangat baik dan tahan, lagipun jenama iPhone itu sendiri memang sudah terkenal dengan kualiti.

Leave a Reply

Required fields are marked *.