57b28b9298e84273ae710e909df85ae7

Pilihan Kedai Drone Murah Dan Terbaik

Anda mungkin tertanya-tanya di mana nak dapatkan atau nak cari kedai drone murah. Untuk pengetahuan anda, ada beberapa pilihan tempat untuk anda dapatkan alat yang ini di pasaran sekarang ini. Kepada peminat-peminat drone di Malaysia ini, ini adalah antara beberapa tempat yang sesuai untuk mendapatkan drone pada harga yang jauh lebih murah daripada harga pasaran.

Untuk itu, pada kali ini, kami akan berikan beberapa info penting berkenaan dengan drone murah yang anda boleh dapatkan di pasaran. Juga, tempat terbaik yang anda boleh pergi untuk mendapatkan alat ini pada harga mampu beli. Harapnya, anda boleh gunakan hobi unik ini untuk pelbagai tujuan seperti yang anda inginkan.

Pilihan Murah yang ada di Malaysia

Ada beberapa pilihan drone murah yang ada di Malaysia sekarang ini. Ianya bergantung kepada bajet anda dan fungsi yang anda inginkan. Sama ada mahal atau murah bergantung kepada kamera dron tersebut. Kalau kamera dron tersebut mempunyai resolusi yang tinggi, memang biasanya, harga dron akan menjadi lebih mahal. Apapun, berikut adalah antara beberapa pilihan yang ada untuk alat terbang berkualiti pada harga terbaik dan mampu beli

1 DJI Phantom 3 – Antara Pilihan Paling Berbaloi – KLIK Untuk info lanjut dan harga terkini

2 Quadcopter РKLIK Untuk dapatkan info lanjut 

3 Syma – Antara Drone pilihan terbaik – KLIK Untuk dapatkan info lanjut

Kalau anda sekadar ingin menerbangkan dron yang anda mahukan, tidaklah terlalu mahal. Tetapi, apabila dipasang dengan kamera yang mempunyai resolusi yang tinggi menyebabkan harga dron menjadi lebih mahal. Apapun, anda boleh ke SINI untuk mendapatkan beberapa info penting DJI Phantom 3.

Sekarang pun, sudah ramai yang mula menggunakan kamera aksi GoPro untuk dron mereka. GoPro merupakan kamera aksi yang mendapat tempat kerana kepelbagaian fungsi yang ditawarkan. Juga kamera wide angle yang ditawarkan oleh kamera bersaiz kecil ini menyebabkan ianya menjadi kegilaan ramai orang. Dari segi kamera, kami lebih menggalakkan anda untuk gunakan GoPro kerana selain daripada aksi diudara yang anda boleh rakam, banyak lagi aksi lain yang anda boleh gunakan.

Untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan dengan GoPro, boleh ke SINI untuk mendapatkan info lanjut.

Apa Yang Anda Perlu Tahu Untuk Pengguna Drone Di Malaysia

Ada beberapa perkara yang anda perlu tahu sekiranya anda adalah pengguna alat ini di Malaysia.

Pertama sekali adalah, tidak digalakkan untuk menerbangkan dron anda dikawasan padat seperti di tengah bandar. Ianya untuk mengelak daripada kejadian yang tidak diingini.

Kedua, sentiasa perhatikan peralatan yang anda gunakan dari jauh. Anda boleh bertindak pantas sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini seperti terhempas dan lain-lain lagi.

Ketiga, Elekkan gunakan drone terlalu dekat dengan lapangan terbang. Seeloknya, elakkan menggunakan ia dalam lingkungan 5 batu daripada kapal terbang.

Apa pilihan yang ada

Memang tidak dinafikan yang sekarang ini sudah banyak pihak yang menjual drone murah di pasaran. Juga, banyak pihak yang menjual drone di instagram ataupun di Facebook page. Sama ada anda betul-betul percaya dengan pihak-pihak ini terpulang kepada anda.

Antara pilihan lain kedai menjual drone murah lain adalah di Lazada. Lazada memberikan banyak alternatif untuk alat ini yang anda boleh dapatkan di pasaran. Berbanding dengan di Instagram ataupun di Facebook, kami lebih meyakini penjual di Lazada atas kualiti servis yang diberikan. Biasanya barangan yang ada di Lazada jauh lebih murah sedikit berbanding dengan barangan yang dijual di kedai-kedai luar termasuklah drone.

Antara pilihan lain yang ada adalah dengan membeli  kesemua drone ini di kedai-kedai drone yang terdapat di shopping mall dan lain-lain. Ya, memang shopping mall besar-besar akan ada kedai menjual drone. Kalau anda nak jimat masa dan minyak, pembelian secara online adalah antara alternatif terbaik yang ada.

Tips Membeli Drone

Kalau anda nak beli alat ini, antara perkara yang penting adalah untuk lihat kepada bajet anda. Juga fungsi yang anda inginkan. Kalau sekadar ingin menerbangkan alat ini, ada banyak alternatif lain yang ada. Tetapi, kalau anda ingin gunakan ia untuk tujuan lain seperti menagkap gambar dari udara, memang perlukan quadcopter yang mempunyai bersama dengan kamera yang mempunyai resolusi yang tinggi.

Apapun, inilah serba sedikit info berkenaan dengan alat ini yang anda perlu tahu. Buat pilihan yang terbaik untuk item yang anda inginkan.

Leave a Reply