57b28b9298e84273ae710e909df85ae7

Kesan Buruk Smartphone Seperti Berikan Dadah Kepada Anak! Ini Apa Yang Anda Perlu Buat

Berikan anak anda smartphone adalah umpama “berikan mereka cocaine” ini adalah antara konklusi daripada antara pakar ketagihan di dunia. Ini adalah antara salah satu kesan buruk smartphone yang ketara dan diperakui pakar di seluruh dunia. Terlalu lama menghadap screen adalah merupakan salah satu penyebab ketagihan telefon bimbit untuk kanak-kanak dan remaja Mandi Saligary yang merupakan seorang pakar ketagihan berkata. Info lanjut berkenaan dengan perkara ini anda boleh dapatkan di sini.

Oleh itu, berikut adalah antara perkara yang anda boleh lakukan untuk elak daripada melakukan perkara ini adalah dengan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anak anda. Artikel kali ini, kami akan berikan beberapa cadangan yang lebih baik agar membantu anda mengelak daripada anak anda ketagihan penggunaan telefon bimbit.

Punca Ketagihan

“Saya selalu berkata, kalau berikan smartphone, memang umpama memberikan dadah kepada anak” – Kata Mandi Saligary

Tambahan pula, sekarang ini, banyak yang sudah mengatakan yang anak-anak terdedah dengan ketagihan porno disebabkan oleh penggunaan telefon bimbit yang tidak terkawal. Untuk itu, sebagai ibu bapa, berikut adalah beberapa langkah yang anda boleh lakukan untuk mengawal tingkah laku anak daripada terus terdedah dengan penggunaan telefon bimbit yang tidak terkawal.

#1 Elakkan berikan telefon dan tablet untuk kanak-kanak

Ramai yang mula memberikan tablet atau telefon sendiri kepada anak-anak walaupun baru berusia 5 tahun! Rata-rata memang anak-anak sudah mempunyai tablet sendiri kerana ibu bapa tidak mahu anak-anak menganggu tugas ataupun rutin seharian mereka. Jika masih belum memasuki sekolah rendah, elakkan daripada berikan telefon ataupun smartphone khusus kepada anak anda. Ianya untuk mengelak daripada berlakunya perkara-perkara yang melibatkan ketagihan ini. Sebagai ibu bapa, memang seharusnya anda boleh mengawal perkara ini daripada menjadi semakin teruk.

#2 Berikan Telefon Bimbit Kepada Anak Yang Memasuki Sekolah Rendah

Berikan telefon yang biasa, bukan smartphone kepada anak yang sudah memasuki sekolah rendah. Ini penting untuk membolehkan anak anda membiasakan diri dan menelefon anda sekiranya iangin mengambil anak anda pulang daripada sekolah. Banyak pilihan telefon yang biasa ini dan kami cadangkan untuk anda lihat pilihan telefon bawah RM100 ini ataupun telefon Nokia 3310 untuk kegunaan anak di sekolah rendah.

Ianya adalah antara pilihan yang baik untuk telefon berkualiti untuk kegunaan anak anda. Untuk anak anda, tidak perlu telefon yang terlalu fansy, yang mempunyai asas yang bagus seperti telefon ini pun sudah sangat bagus.

#3 Sibukkan Dengan Aktiviti Berfaedah

Sediakan mainan yang membolehkan anak anda mendapat faedah yang baik seperti mainan yang seperti INI. Mainan ini membolehkan anak anda melakukan perkara berfaedah dan mengeluarkan peluh. Juga boleh bermain bersama dengan anak-anak.

#4 Ambil Masa Untuk Bersama Dengan Anak

Ambil masa untuk bersama dengan anak anda dengan melakukan pelbagai perkara sama ada melancong ataupun pergi ke taman mainan bersama. Dengan cara ini, dapat mengelak anak anda terlalu bosan dan membolehkan anak anda tidak terlalu ingin untuk menggunakan telefon bimbit. Luangkan masa bersama anak juga membolehkan hubungan anda dengan anak menjadi semakin erat.

Apapun, ini adalah antara beberapa langkah yang kami rekemen untuk anda ambil terutama kalau anak anda sudahpun ketagihan telefon bimbit. Kepada yang belum, kalau boleh elakkan daripada menggunakan telefon bimbit ini dan kalau yang sudah nampak ketagihan, cuba untuk jarakkan penggunaan telefon daripada anak anda.

Leave a Reply