57b28b9298e84273ae710e909df85ae7

Laptop Tak Boleh On – 3 Tips Ini Dapat Bantu Anda

Seringkali terjadi isu laptop tak boleh on, apa yang perlu anda buat dan lakukan. Kalau anda merupakan seorang pengguna laptop, memang perkara ini adalah antara perkara yang biasa terjadi. Terutama kalau komputer riba tersebut sudah berusia 5 tahun atau lebih, memanglah kerap akan terjadi perkara seperti ini.

Tidak perlu panik dan tidak perlu untuk survey laptop murah lain, berikut adalah perkara yang anda perlu pastikan kalau laptop anda memang tidak boleh on. Kali ini, kami akan berikan beberapa tips penting untuk memberikan panduan kepada anda untuk dapatkan kembali laptop agar ia dapat berfungsi semula.

Beberapa Tips Penting

#1 Bateri Atau Charger Laptop Yang Rosak

Memang kadangkala ianya disebabkan oleh bateri ataupun charger laptop yang sudah tidak dapat digunakan lagi. Jadi, ambil masa untuk anda lihat balik adakah alat ini yang rosak ataupun sebaliknya. Cuba dapatkan jenis yang sama di kedai-kedai berhampiran ataupun cuba gunakan model charger untuk laptop yang lebih kurang sama daripada rakan anda. Kalau memang yang bermasalah adalah charger, memang inilah item yang perlu anda cari.

Kalau anda ke kedai komputer, memang tiada masalah untuk anda dapatkan charger ataupun bateri yang anda inginkan. Tidak susah untuk anda dapatkan di pasaran sekarang.

#2 Motherboard Rosak

Antara sebab komputer anda tidak boleh untuk hidup adalah kerana motherboard yang sudah rosak. Ini memang seringkali terjadi dan memang pernah terjadi beberapa kali kepada saya sendiri. Walaupun charger masih berfungsi, laptop tak dapat nak hidup seperti sedia kala. Kalau alat ini yang rosak, memang digalakkan untuk anda beli sahaja yang baru kerana kos untuk menggantikan motherboard ini tidaklah murah. Memang lebih baik kalau anda dapatkan jenis dan model yang baru sahaja yang ada di pasaran.

Sekarang ini pun, sudah banyak pilihan laptop murah-murah pada harga yang mampu beli. Juga daripada pelbagai jenama yang ada di pasaran untuk anda pilih. Untuk memudahkan anda, berikut adalah antara beberapa pilihan terbaik untuk laptop murah. Anda juga boleh memilih berdasarkan kepada jenama dan antara jenama yang paling kami rekemen adalah jenama Asus. Ianya adalah laptop pada harga yang baik dan menawarkan kualiti yang berbaloi dengan harganya. Kami rekemen untuk anda dapatkan satu di pasaran.

#3 Diserang Virus

Memang ada ketikanya yang penyebab anda tidak boleh on komputer riba anda adalah disebabkan oleh virus komputer yang menjangkiti. Ianya memang boleh terjadi dan untuk mengelak daripada perkara ini terus terjadi, adalah lebih baik untuk anda dapatkan perlindungan antivirus untuk laptop anda. Ianya adalah sebagai satu langkah berjaga-jaga untuk mengelak daripada terkena serangan virus dan pada masa yang sama melindungi data dan laptop anda.

Apapun, inilah antara serba sedikit tips dan info berkenaan dengan komputer riba dan apa yang anda perlu lakukan kalau anda tak boleh nak on. Harap artikel ini dapat sedikit sebanyak membantu anda untuk memeberikan percerahan yang lebih baik. Terutama kalau komputer riba anda memang sedang menhadapi masalah. Kalau sudah melebihi 5 tahun, memang kami cadangkan untuk anda dapatkan yang baru sahaja di pasaran kerana memang sudah sampai masanya untuk anda dapatkan yang baru.

Leave a Reply