57b28b9298e84273ae710e909df85ae7

Mencari Arah Kiblat di Rumah – 2 Cara Mudah

Bagi seseorang yang beragama Islam, memang kiblat dan solat adalah perkara yang tidak dapat dipisahkan. Ianya merupakan kewajipan dan salah satu daripada rukun Islam. Apapun, pada kali ini, kami akan berikan beberapa tips penting berkenaan dengan tips dan cara untuk mencari arah kiblat di rumah agar anda lebih tenang untuk beribadah di rumah sahaja.

Sekarang ini, disebabkan oleh perkembangan teknologi, cara menentukan arah kiblat di rumah menjadi lebih mudah dan tidak susah. Dengan adanya telefon pintar, anda boleh menentukan arah qiblat dengan mudah secara online sahaja. Tidak perlukan alatan tambahan seperti kompas dan lain-lain. Dengan hanya smartphone, anda boleh lihat arah yang betul untuk kiblat di rumah anda.

2 Cara Tentukan Arah Kiblat Untuk Solat

Tidak hanya di Malaysia, kalau anda bermusafir, memang perlu untuk tahu arah untuk solat ini. Kalau di Malaysia ini, segala kemudahan ada, terutama untuk solat, di stesyen minyak memang kebiasaannya akan menyediakan tempat untuk solat dan arah untuk qiblat. Cara dan tips ini sangat berguna terutama kalau anda sedang travel, ataupun berkamping di dalam hutan, ataupun sedang berada di luar negara atas pelbagai urusan. Boleh gunakan beberapa tips yang akan kami kongiskan ini kepada anda.

2 Cara Mudah

#1 Cara Online Menggunakan Laman Web Daripada Google

Google memang memaudahkan banyak perkara. Kali ini, mereka hadir dengan laman web yang akan membantu anda untuk menentukan arah kiblat. Ianya mudah sahaja. Yang perlu ada, cuma smarpthone terkini sama ada Android ataupun Iphone. Boleh tengok beberapa pilihan smartphone yang kami rekemen di SINI.

Anda hanya perlu ke laman web ini https://qiblafinder.withgoogle.com/ dan terus lihat dan gunakan. Ianya semudah ABC.

Ianya juga boleh digunakan untuk versi desktop tetapi tidaklah tepat berbanding dengan telefon pintar. Sebaiknya, gunakan versi telefon pintar dan telefon tersebut mempunyai “build in compass” di dalamnya.

#2 Gunakan App

Sekarang ini banyak App yang hadir dengan perisian untuk membolehkan anda menentukan arah kiblat. Kami rekemen app 2 dalam 1 iaitu yang mempunyai waktu solat dan satu lagi adalah untuk lihat kiblat. Nak pilih yang mana? Memang ada banyak pilihan app sekarang ini dan untuk itu kami rekemen untuk anda pilih yang ini. Boleh downloan app ini sama ada untuk Android ataupun App Store Apple “Arah Kiblat Kompas Waktu Solat”

Ada banyak lagi pilihan aplikasi telefon pintar yang lain yang mempunyai ciri yang sama. Pun ada aplikasi yang membolehkan anda mendapatkan info-info lain seperti info pembayaran zakat, infaq dan lain-lain. Apapun, kalau untuk dapatkan info berkenaan dengan waktu solat, boleh dapatkan beberapa info yang ada di app ini untuk memudahkan anda.

Yang Mana Berbaloi

Daripada kedua-dua cara ini, kami lebih rekemen cara no 1 kerana ianya adalah cara yang anda boleh lakukan secara online sahaja. Pergi ke laman web tersebut dan boleh terus lihat dan tentukan arah kiblat anda. Cara kedua pun tiada masalah untuk anda ikuti terutama kalau memang anda nak tahu waktu solat yang ada untuk rumah anda ataupun di kawasan anda. Lebih mudah dan cepat. Tetapi, kalau anda memang nak tahu waktu solat harian di kawasan anda, lebih baik download sahaja app sama ada Android ataupun Apple.

Seterusnya terpulang kepada anda. Gunakan teknologi sebaiknya untuk dapatkan apa yang anda mahukan. Harap anda dapat mencari arah untuk solat di rumah anda selepas ini dengan lebih mudah dan cepat.

Leave a Reply