57b28b9298e84273ae710e909df85ae7

Printer Sesuai Untuk Pelajar – Paling Jimat Dakwat

Kalau anda merupakan seorang pelajar, antara item yang anda perlu ada selain daripada laptop adalah printer yang anda boleh gunakan untuk pelbagai tujuan. Antara tujuan utama untuk memiliki printer ini adalah agar anda boleh menyiapkan assigment yang semamangnya ada banyak. Kali, kali ini, kami akan berikan beberapa pilihan printer sesuai untuk pelajar Malaysia.

Pelajar ataupun mahasiswa memang memerlukan printer. Kalau boleh seorang satu. Kalau tak boleh, sekurang-kurang satu rumah ada satu alat pencetak ini yang anda boleh berkongsi dengan orang lain. Kali ini, kami ingin cadangkan beberapa printer yang paling sesuai dengan apa yang anda mahukan. Apapun, teruskan memnaca artikel ini untuk mendapatkan info lanjut.

Ciri-ciri printer terbaik untuk pelajar

Saya senaraikan 3 ciri dahulu sebelum saya rekemen yang terbaik untuk anda. Bila ada 3 ciri ini akan lebih mudah untuk anda dapatkan yang mana yang paling sesuai dengan anda.

1 3 in 1 printer

Sekarang ini kebanyakan printer dilengkapi dengan fungsi 3 dalam 1. Nak yang lebih pun boleh. Tapi kalau untuk student, 3 dalam 1 ini lebih dari mencukupi. Anda mempunyai fungsi untuk fotostat, scan dan print. Kalau untuk kegunaan pejabat tu memang kena ada yang mempunyai fungsi fax dan lain-lain. Tetapi, kalau untuk pelajar, ini lebih memadai. Berita baik untuk anda, sekarang kebanyakan printer mempunyai fungsi ini. Harga pun murah dan sangat berbaloi untuk anda cuba sendiri. Tak percaya, boleh tengok di kedai-kedai printer berdekatan.

2 Jimat Dakwat

Ini salah satu lagi fungsi yang penting dan kritikal dalam pemilihan printer. Memang pernah ada cerita yang kebanyakan duit habis akibat beli ink setiap bulan. Terutama yang heavy user. Memang digalakkan untuk cari yang jimat dakwat supaya bulanan tu taklah terlalu mahal dan hanya beberapa kali sahaja perlu untuk tukar dakwat. Saranan saya, pilih printer yang mempunyai dakwat diluar, jauh lebih berbaloi untuk dan gunakan terutama kalau anda bercadang untuk gunakan pada jangka masa panjang.

3 Murah dan Berjenama

Satu lagi faktor adalah untuk memberli printer yang tidak terlalu mahal dan berbaloi untuk anda gunakan untuk satu jangka masa panjang. Jenama pun perlu ambil kira sebagai salah satu kriteria untuk pemilihan printer terbaik yang ada di pasaran. Sekarang ini ada banyak pilihan jenama printer yang anda boleh gunakan. Kalau dari segi harga tu, pilih yang RM500 dan kebawah boleh dikatakan mampu untuk dibeli dan dimiliki. Apapun, terpulang kepada anda untuk gunakan yang mana yang bersesuaian dengan apa yang anda mahukan.

Yang Mana Paling Sesuai Untuk Mahasiswa

Untuk yang mana yang terbaik, saya ada tuliskan rekemendasi saya pada artikel di SINI. Anda boleh tengok dahulu artikel itu. Apapun, yang terbaik untuk pelajar adalah printer yang mempunyai tank diluar. Kebiasaannya, alat sebegini lebih mahal sikit tetapi berbaloi terutama untuk pelajar yang sering menggunakan alat ini dengan kuantiti yang banyak. Jimat dakwat kerana anda hanya perlu menukan ataupun refill dakwat apabila telah habis digunakan.

Yang mana yang paling berbaloi, kami rekemen jenama ini EPSON L360 yang merupakan antara pilihan terbaik buat masa ini. Kalau ianya sesuai dengan bajet anda, boleh dapatkan terus pada harga yang anda mahukan. Info lanjut berkenaan dengan printer ini, boleh tengok video di bawah.

Apapun buat pilihan anda, kalau ini adalah yang paling sesuai dengan anda, boleh cuba dapatkan pada harga yang anda mahukan. Memang terbaik dan berbaloi.

Leave a Reply