57b28b9298e84273ae710e909df85ae7

PS4 vs Xbox One – Mana Terbaik?

Saban tahun, Microsoft Xbox One dan Sony PlayStation 4 sentiasa berkembang – kedua-dua konsol ini hadir dengan reka bentuk yang lebih kompak, ciri-ciri baru dan lebih banyak permainan besar bagi konsol ini mula dilancarkan. Xbox One hadir sebagai konsol yang memenuhi ciri-ciri aplikasi hiburan masakini, manakala PS4 hadir dengan paparan yang lebih mesra pengguna.

REKABENTUK

Konsol baru Sony Playstation 4 ini tampil dengan rekabentuk seperti font yang diberi efek italic; ringkas tetapi mengancam dengan kemasan matte yang bersinar. Manakala di bahagian tengahnya pula dikemaskan pula dengan sebahagian lajur berwarna biru. Sepertimana konsol generasi sebelum ini, ia boleh diletakkan secara menegak ataupun mendatar.

Syarikat gergasi Microsoft juga tidak kurang hebatnya dalam mengambil langkah bersaing dengan Sony dalam pembinaan permainan konsol generasi baru ini. Jika rekabentuk PS4 diumpamakan tulisan dengan efek italic, Xbox One pula dapat diumpamakan sebagai tulisan dengan efek bold. Microsoft memperkenalkan konsol Xbox One dengan rekabentuk yang lebih kompak, teguh dan premium berbanding konsol mereka sebelum ini.

Sebagai perbandingan, saiz ukuran PS4 secara keseluruhannya lebih kecil jika ingin dibandingkan dengan konsol Xbox One. Konsol Xbox One hadir dengan ukuran 33.3cm x 27.4cm x 7.9cm manakal PS4 pula memiliki dimensi berukuran 30.0 cm x 27 cm x 5.3cm.

SPESIFIKASI

Spesifikasi PS4 dan Xbox One secara kasarnya tidak jauh berbeza. Kedua-dua konsol ini dinilai memiliki spesifikasi yang lebih mapan dan prestasi yang seimbang berbanding konsol generasi mereka sebelum ini. Berikut adalah spesifikasi bagi 2 konsol permainan ini:

PS4

8GB GDDR5
Blu-ray drive
500 GB hard drive
2 port USB 3.0
Port HDMI out port
Octa-core, x86 processor 1.6GHz
VGA AMD next-generation Radeon

Xbox One

8GB DDR3 RAM
Octa-core, x86 processor 1.75GHz
500 GB hard drive
Blu-ray drive
3 port USB 3.0
Port HDMI (in and out)
VGA AMD

KAWALAN

Aspek yang paling penting di dalam pemilihan pengawal konsol permainan merangkumi keselesaan, saiz dan ketahanan bateri.

Kawalan konsol PlayStation 4 menampilkan perubahan besar kepada pengawal DualShock ikonik Sony sejak PlayStation asal. Rekabentuk DualShock Playstation 4 ini jauh lebih selesa dan ergonomik berbanding DualShock PS3 sebelumnya. Kawalan permainan pada Pengawal Playstation 4 diberi nafas baru dimana ianya kelihatan lebih kecil dan lebih selesa. Rekabentuk butang ‘trigger’ juga lebih kemas bagi mengelakkan jari daripada tergelincir dari butang tersebut. Butang Share digantikan dengan butang Option Dualshock 3 menawarkan pengguna cara yang cepat dan mudah untuk berkongsi permainan klip video.

Manakala pengawal konsol Xbox One juga tidak kurang hebatnya dan dilihat sebagai salah satu pengawal yang terbaik di pasaran ketika ini. Penempatan butang pada Xbox One ini begitu sempurna dan ianya amat selesa untuk dipegang terutamanya bagi pengguna yang memiliki tangan yang lebih besar. Butang D-Pad juga telah dibuat penambahbaikan menjadikannya lebih responsif daripada pengawal Xbox generasi sebelum ini.

Namun dari segi ketahanan bateri, pengawal konsol Xbox One jauh lebih ke depan dengan ketahanan bateri lebih lama jika ingin dibandingkan dengan pengawal konsol Playstation 4 yang hanya boleh bertahan selama 6-7 jam waktu bermain.

PERMAINAN

Kedua-dua konsol ini menawarkan permainan yang sama hebat dari segi kuantiti. Sebagai contoh, tajuk siri permainan seperti Halo, Forza Motorsport dan Gear of War hanya boleh didapati pada konsol permainan Xbox One,

Manakala tajuk siri permainan seperti Bloodborne, Uncharted dan No Man Sky hanya terdapat pada PlayStation 4. Seperti yang anda harapkan, permainan lain-lain seperti FIFA, Fallout 4 dan Destiny masih boleh didapati di kedua-dua Xbox dan PS4.

Pada umumnya, adalah adil untuk mengatakan bahawa kedua-dua konsol ini kelihatan lebih seimbang dengan tawaran siri permainan mereka. Walaubagaimanapun, Sony lebih cenderung untuk membangunkan lebih banyak permainan yang eksklusif kerana syarikat ini mempunyai rangkaian yang lebih besar dengan syarikat pembangunan permainan jika ingin dibandingkan dengan syarikat Microsoft.

RESOLUSI

PS4 mampu menghasilkan 1080p atau 920p resolusi imej, 60fps, menjadikan permainan yang dimainkan kelihatan lebih jelas dan realistik. Kedua-dua konsol ini juga mempunyai keupayaan untuk dimainkan dalam High-Definition Resolution (HDR),

Secara umumnya, prestasi grafik yang ditawarkan kedua-dua konsol permainan ini tidak banyak berbeza. Dengan menggunakan unit processor grafik (GPU) yang sama, iaitu AMD, keduanya menampilkan grafik yang serupa. Dari segi kapasitinya pula, GPU dengan spesifikasi GDDR5 RAM milik PlayStation 4 jauh lebih baik jika ingin dibandingkan dengan Xbox One.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, Playstation 4 lebih baik jika ingin dibandingkan dengan konsol Xbox One. Konsol Sony terbaru ini hadir dengan rekabentuk yang lebih kompak, ciri-ciri spesifikasi yang lebih menarik. Namun, dari sudut harga konsol Xbox One jauh lebih murah dengan harga yang ditawarkan.

Boleh lihat harga terkini PS4 di SINI

Jika anda masih berminat dengan Xbox One, boleh ke SINI.

Leave a Reply