57b28b9298e84273ae710e909df85ae7

Semak Pemilik No Telefon Bimbit – 2 App Ini Dapat Bantu Anda

Sekarang ini memang banyak kes maklumat data peribadi kita yang telah dibocorkan kepada pihak ketiga. Ianya telah dilaorkan banyak kali oleh pelbagai pihak kerana ada pihak-pihak tertentu yang membocorkan maklumat kita kepada orang lain. Disebabkan oleh itu, ramai pihak yang akan menghubungi anda untuk mendapatkan ataupun menjual pelbagai produk milik mereka kepada anda. Bila anda mendapatkan call daripada no yang tidak dikenali, adakah anda patut mengangkat panggillan tersebut ataupun membiarkan sahaja. Kali ini, kami akan memberikan tips kepada anda untuk semak pemilik no telefon bimbit yang tidak dikenali.

Kami sendiri sering dihubungi dengan kerap daripada pelbagai pihak yang mengaku sebagai pegawai bank. Pastinya mereka menawarkan kad kredit milik mereka ataupun mempromosikan produk takaful milik mereka. Kalau sekali sekala itu tiada masalah, tetapi kalau kerap anda diganggu, lebih baik untuk anda tidak angkat panggilan tersebut.

Kali ini kami akan berkongsi beberapa tips penting berkenaan dengan cara untuk anda semak panggilan tersebut. Sama ada berbaloi untuk anda angkat ataupun sebaliknya. Mana tau panggilan tersebut daripada orang-orang penting, anda boleh terus angkat, tetapi kalau panggilan tersebut daripada panggilan untuk mempromosikan produk, lebih baik anda abaikan sahaja panggilan tersebut.

Cara Nak Trace No Telefon

Bukan saja trace, cara nak cari no telefon orang yang menghubungi anda pun tidak susah sekarang ini. Semuanya dilakukan dengan menginstall beberapa aplikasi yang akan memudahkan anda untuk kenal pemilik no nombor ini.

#1 Aplikasi Truecaller

Truecaller ini anda boleh install daripada laman android play store ataupun boleh dapatkan daripada apple store untuk anda gunakan dengan mudah. Install dan boleh terus gunakan dengan mudah. Ikut sahaja arahan yang diberikan dan anda boleh terus gunakan. Selepas install, jika anda menerima panggilan daripada no yang tidak dikenali, akan terus paparan berkenaan dengan nombor tersebut akan keluar seperti “agen insurans Bank M” ataupun “Kad Kredit Bank C”. Ini contoh sahaja, dan kalau keluar perkataan ini, terpulang kepada anda sama ada untuk angkat telefon ataupun sebaliknya. Memang mudah kan!

Untuk info anda, penggunaan app seperti ini jauh lebih reliable daripada SKMM untuk check no telefon. Memang memudahkan anda untuk angkat telefon ataupun abaikan sahaja.

#2 Aplikasi CallApp – Alternatif Terbaik

Ianya merupakan satu lagi aplikasi terbaik untuk alternatif kepada Truecaller yang anda sedang gunakan. Fungsinya pun tidak jauh beza dengan Truecaller dan apabila anda gunakan app ini, terus dapat lihat nama untuk pemilik no telefon tersebut dan terpulang kepada anda untuk angkat no telefon anda ataupun sebaliknya.

Cara Aplikasi Ini Berfungsi

Tentu anda tertanya-tanya kan cara aplikasi ini berfungsi. Caranya mudah sahaja, ianya berkongsi data daripada pengguna yang menggunakan aplikasi ini. Maksudnya, semakin banyak pengguna yang menggunkana aplikasi ini, semakin besar data yang ada dan apabila anda mendapat panggilan daripada no yang tidak dikenali, anda boleh abaikan ataupun angkat no telefon tersebut.

Telefon Pintar Yang Sesuai Untuk App Ini

Kalau nak gunakan app ini, kalau boleh anda perlu gunakan telefon yang terkini kerana ianya akan memakan “space” yang banyak. Boleh tengok beberapa pilihan telefon ini, kami rekemen untuk anda dapatkan pilihan harga bawah RM500 ini, kalau tak pun, telefon ini adalah antara yang terbaik yang kami rekemen untuk anda dapatkan pada harga yang terbaik.

Apapun, ini adalah cara yang paling mudah untuk kesan nama pemilik no telefon pemilik yang tidak dikenali. Cepat install app ini dan lihat sama ada ianya benar-benar memudahkan hidup anda ataupun sebaliknya.

Leave a Reply