57b28b9298e84273ae710e909df85ae7

Siaran Digital 100% Ditunda – Sehingga Tarikh Yang Akan Diberitahu

Siaran digital merupakan antara trend terbaru masa kini dan Malaysia juga tidak ketinggalan untuk menggunakan sepenuhnya siaran digital di Malaysia. Maksudnya, tiada lagi siaran analog pada masa akan datang dan semuanya menggunakan TV Digital. Lagipun TV Digital pun anda boleh dapatkan pada harga yang jauh lebih murah pada masa kini berbanding dengan suatu masa dahulu,

Untuk pengenalan siaran digital 100%, kerajaan memperkenalkan MyfreeView yang merupakan satu alternatif pilihan terbaik untuk siaran digital di Malaysia. Nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan cara dan tips untuk anda dapatkan siaran MyfreeView ini secara percuma, boleh baca artikel kami di sini untuk info lanjut. Asalkan ada TV digital dan dekoder ini, memang tiada masalah untuk anda gunakan dan dapatkan siaran digital TV di Malaysia.

 

Ditunda Sehingga Tarikh Yang Akan Diberitahu

Tarikh akhir untuk siaran Analog ini sepatutnya adalah pada 30 Jun 2018 ini. Tetapi, menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengumumkan di mana, siaran analog masih lagi boleh berfungsi sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak. Tujuan pengangguhan ini adalah bagi membolehkan lebih banyak kawasan yang masih belum mendapat coverage digital ini sehingga 100% coverage di Malaysia. Kami sendiri sudah menggunakan siaran dekoder ini dan telah mendapat sehingga 12 channel pilihan. Memang antara pilihan yang baik untuk anda pilih.

Menurut beliau lagi, setakat ini, coverage siaran Digital di Malaysia ini hanyalah 85%. Baki 15% akan diselesaikan dalam masa terdekat bagi membolehkan 100% siaran digital TV di Malaysia. Ternyata memang kerajaan berusaha keras untuk memberikan siaran digital kepada rakyat Malaysia.

Kerajaan ingin memastikan yang setiap rakyat bakal memperolehi siaran digital secara percuma setelah penukaran ataupun penamatan siaran analog nanti. Selain Malaysia, negara jiran Singapura juga sedang dalam proses menukar kepada 100% siaran digital menjelang Disember 2018 tahun ini. Kepada rakyat Malaysia juga, sudah mula beralih kepada siaran digital, langkah pertama adalah dengan mendapatkan TV digital terkini yang ada di pasaran sekarang. Sekarang ini pun ada banyak pilihan untuk TV digital terbaik dan berkualiti yang ada di pasaran sekarang.

Sebagai alternatif kepada anda, berikut adalah antara pilihan selain daripada MyfreeView yang anda boleh piliih dan dapatkan. Android TV Box adalah antara pilihan yang anda boleh cuba. Yang pastinya, ianya lebih menjimatkan dan mempunyai bayak kebaikan dan pilihan channel TV terbaik pada harga yang murah. Boleh lihat apa yang ditawarkan, memang terbaik.

Leave a Reply