57b28b9298e84273ae710e909df85ae7

Siaran TV Percuma Malaysia – Ini Apa Yang Anda Perlu Buat

Sekarang ini semua beralih arah kepada dunia digital daripada telefon, kepada yang terbaru adalah TV. Kalau dahulu, memang tiada masalah untuk anda dapatkan siaran analog tetapi, terkini, menjelang 2020, Malaysia memang ke arah siaran TV digital. Maksudnya, kalau memang anda menggunakan TV analog dan siaran aerial tu, memang kena cepat-cepatla tukar kepada TV yang baru.

Artikel pada kali ini, kami nak berikan pilihan kepada anda untuk anda dapatkan siaran TV Percuma di Malaysia, ya percuma dan tidak perlu bayaran bulanan seperti kalau anda dapatkan Astro ataupun kena bayar bulan-bulan dengan Hypp TV. Dengan siaran percuma ini, anda bakal dapat menikmati banyak pilihan rancangan TV yang bagsu dan berkualiti yang ada di Malaysia. Bukan setakat siaran TV, radio pun anda boleh dapatkan sekali dan yang menarik adalah, ianya PERCUMA.

Apa Yang Anda Perlu Ada Untuk Siaran Ini?

Kalau nak dapatkan siaran ini, yang penting sekali dan yang anda perlu ada adalah TV Digital terkini. Kalau anda masih menggunakan TV analog tu, cepat-cepatla tukar yang baru sebab sekarang ini pun, harga TV tidaklah terlalu mahal terutama kalau anda beli secara online sahaja. Kami rekemen untuk anda dapatkan jenama Hisense INI yang merupakan antara pilihan TV berkualiti pada harga yang jauh lebih murah berbanding dengan pengeluar lain yang ada di Malaysia.

Kedua, yang anda perlu ada, adalah dekoder iaitu pemain untuk melihat pilihan siaran dalam bentuk digital. Decoder ini tidaklah susah untuk anda dapatkan buat masa ini. Sebelum ini memang Perdana Menteri ada melancarkan MyTV yang merupakan dekoder bagi membolehkan anda melihat rancangan yang diterbitkan oleh Myfreeview. Tetapi, Mytv ini hanyalah untuk penerima BR1M sahaja dan kalau anda bukan penerima BR1M, memanglah anda tidak akan dapat dekoder ini.

Cara lain adalah, kami rekemen untuk anda dapatkan dekoder ini iaitu DVB T2. Dengan alat ini, memang tiada masalah untuk anda mendapat senarai pilihan rancangan TV terbaik yang ada di Malaysia buat masa ini. Kami juga mengambil kesempatan untuk mencuba alat ini dan alhamdulillah setakat artikel ini ditulis, sebanyak 12 channel TV telah kami dapat. Berbaloi dan murah. Boleh dikatakan, sekali sahaja bayar dan dapat Percuma. Boleh dapatkan info lanjut berkenaan dengan alat ini di SINI.

Ketiga, anda perlukan aerial. Kalau di kawasan bandar besar, cukup dengan adanya indoor antena (kami cuba di kawasan Johor Bahru), tetapi kalau di tempat lain, memang kena aerial luar bagi membolehkan anda mendapat siaran TV percuma yang tersebut. Kalau tiada aerial, memang anda tidak akan mendapat kesemua siaran ini. Tengok pilihan yang ada di SINI.

Pilihan Murah dan Berbaloi

Memang ini adalah antara alternatif murah untuk siaran TV percuma yang ada di Malaysia. Apapun, anda buat pilihan dan tentukan yang mana pilihan yang terbaik untuk anda. Apapun, kalau anda ingin menggunakan cara ini, perlu ada 3 item yang saya sebutkan di atas, iaitu TV Digital, Dekoder DVB T2 dan satu lagi Antena sama ada indoor ataupun outdoor. Dengan kesemua alat ini, barulah dengan mudah untuk anda mendapatkan siaran digital terkini di Malaysia.

Apapun boleh cuba sendiri dan kongsikan kepada yang lain jika artikel ini bermanfaat. Cara pemasangan dan pilihan yang ada, anda boleh tengok artikel kami di SINI untuk anda mendapatkan info lebih lanjut berkenaan dengan dekoder ini.

Leave a Reply