57b28b9298e84273ae710e909df85ae7

4 Smartphone Bawah Rm1000 terbaik – No 3 Pilihan Kami

Kali ini, kami nak berikan rekemendasi untuk smartphone bawah Rm1000 terbaik yang ada di pasaran sekarang ini. Kalau anda mempunyai bajet yang besar untuk telefon pintar anda seperti RM1000 dan ke bawah, memang anda mempunyai banyak pilihan yang anda boleh dapatkan sendiri di pasaran.

“Ada ke telefon berkualiti pada harga murah?”

Memang penggunaan telefon bimbit semakin hari semakin meluas dan syarikat pengeluar telefon ini memang sentiasa memberikan pilihan telefon yang bagus dengan harga yang mampu beli. Apapun, kalau anda mencari pilihan terbaik dengan bajet anda di bawah RM1000, berikut adalah antara beberapa pilihan yang paling berbaloi untuk anda pilih.

Pilihan yang ada untuk harga bawah RM1000

Kalau memang anda mempunyai bajet bawah RM1000, memang ada banyak pilihan yang terbaik yang anda boleh dapatkan di pasaran. Kami paling rekemen untuk anda cari di Lazada kerana ianya memberikan banyak pilihan telefon murah daripada pelbagai jenama yang ada di sana. Semuanya hanya anda cari dengan meneroka beberapa pilihan yang ada. Tetapi, kalau anda kesuntukan masa dan tidak tahu nak pilih jenama yang mana untuk telefon anda, berikut adalah antara beberapa pilihan yang anda boleh dapatkan di pasaran sekarang ini.

Di sini, kami berikan 4 pilihan kepada anda dan kemudian kami akan berikan yang terbaik untuk anda pilih berdasarkan kepada harga dan fungsi telefon tersebut untuk anda pilih.

#1 Xiaomi Mi A1

Pertama sekali di antara banyak pilihan smartphone yang ada di Malaysia ini, kami rekemen untuk anda lihat kepada harga dan speasifikasi Xiaomi Mi A1. Ianya berharga di bawah RM1000 dan merupakan antara pilihan yang baik kalau anda mahukan telefon berkualiti pada harga yang terbaik.

Ianya dilengkapi dengan Octa Core 2.0 Snapdragon 625, 5.5 Inch display RAM 4GB, Internal storage 64GB. Speasifikasi yang menarik untuk sebuah telefon pintar kan. Ianya juga hadir dengan 3080mAh bateri dan dengan 12MP kamera belakang dan 5MP kamera depan. Memang anda boleh fikirkan untuk dapatkan telefon ini. Harga sebenar boleh tengok di SINI.

#2 Asus Zenfone 4 Max Pro

Ini pun antara telefon yang berbaloi. Harganya lebih murah sedikit berbanding dengan Xiaomi Mi A1 tetapi mempunyai speasifikasi yang menarik untuk anda fikirkan. Ianya datang dengan Snapdragon 450 3GB RAM dan 32GB ROM beserta dengan 16MP kamera untuk depan dan belakang. Memang menarik dan antara beberapa pilihan yang berbaloi utnuk anda cuba sendiri. Paling berbaloi, ianya hadir dengan kapasiti bateri yang besar iaitu 5300 mAh, kalau memang ini terutamanya kapasiti bateri yang anda cari, boleh tengok pilihan yang ada dan dapatkan di pasaran sekarang.

Untuk harga terkini telefon ini, boleh dapatkan di SINI untuk lihat info lanjut peranti ini di pasaran sekarang.

Review penuh kami berkenaan dengan peranti ini ada di SINI.

#3 Xiaomi Redmi Note 5A

Telefon yang jauh lebih murah daripada Mi A1 dan Zenfone 4 Max Pro, tetapi mempunyai speasifikasi yang berbisa. Ianya hadir dengan 5.5 inch display dan Octa Core Snapdragon 435 processor. 3GB RAM dan 32 GB internal storage. Tidak setakat ini, inya juga didatangkan dengan 13 MP kamera belakang dan 16 MP kamera depan. Memang antara pilihan telefon yang terbaik dan berkuasa yang anda boleh dapatkan di pasaran sekarang.

Kami juga ada memberikan review penuh berkenaan dengan peranti ini di SINI. Apapun, kalau anda nak lihat speasifikasi dengan lebih detail dan harga terkini, boleh tengok apa yang ditawarkan di sini.

Kami ada memberikan review yang lebih detail untuk peranti ini di SINI.

#4 Samsung Galaxy J5 Pro

Pilihan keempat adalah Samsung Galaxy J5 Pro yang merupakan antara pilihan jenama terkenal dari Samsung. Ianya didatangkan dengan 5.2HD Super Amoled skrin dan juga Octa Core processor. 3GB RAM dan 32 GB internal storage adalah antara yang diberikan untuk telefon pintar ini. Untuk kamera, ianya didatangkan dengan 13MP depan dan belakang dan mempunyai 3000mAh bateri.

Harga peranti ini agak mahal sedikit berbanding dengan 3 pilihan yang kami cadangkan di atas, tetapi masih lagi dibawah RM1000. Untuk speasifikasi yang lebih detail dan harga terkini, boleh dapatkan di SINI.

Sebenarnya tidak terhad kepada pilihan yang ada di sini. Ada banyak lagi pilihan terbaik untuk telefon pintar yang berkualiti yang ada di pasaran sekarang. Apapun, buat pilihan anda dan pilihlah yang terbaik untuk anda gunakan. Yang penting ianya berbaloi.

Untuk memudahkan anda, kami berikan jadual di bawah

Rekemendasi Dari ArenaDigital

Kalau anda mahukan ketahanan bater, memang Asus adalah pilihan yang terbaik. Tetapi, kalau nakkan speasifikasi yang kena dengan harga, daripada 4 pilihan ini, kami galakkan untuk anda dapatkan Xiaomi Redmi Note 5A yang mempunyai harga yang paling murah tetapi memberikan speasifikasi yang bagus menghampiri yang lain.

Ini hanyalah rekemendasi dari kami, seterusnya anda tentukan sendiri yang mana satu yang paling berbaloi untuk anda.

Leave a Reply