57b28b9298e84273ae710e909df85ae7

Mana Nak Tambah Nilai Touch N Go

Sekarang ini lebuhraya Utara Selatan dan Lebuhraya Pantai Timur sudah menggunakan sistem kad Touch N Go 100%. Tiada lagi nilai tunai seperti sebelum ini dan disebabkan oleh ini, antara pilihan yang ada sekarang adalah untuk menggunakan ataupun mendapatkan kad touch n go. Tidak setakat ini sahaja, antara masalah lain yang timbul adalah, macam mana nak tambah nilai Touch N Go ini supaya ianya akan memudahkan anda nanti.

Kalau tak mahu perjalanan anda tersekat-sekat, memang kena tambah nilai siap-siap dan artikel kali ini, kami akan berikan beberapa tips penting terutama berkaitan dengan tempat dan dimana untuk membuat penambahan nilai. Harapnya, ianya memudahkan dan untuk merancang perjalanan anda agar selamat ke destinasi.

Piihan Yang Ada Untuk Tambah Nilai

Sebelum kami cadangkan kepada anda tempat untuk membuat penambahan nilai, adalah lebih baik untuk kami rekemen anda lihat deal-deal hebat berkenaan dengan SmartTag. Kalau anda masih belum mempunyai SmartTag, kami rekemen untuk anda lihat apa yang ada di SIni untuk pilihan yang terbaik dan berkualiti pada harga yang berbaloi. Kalau anda sudah mempunyai SmartTag sendiri tidak mengapa, tetapi kepada yang belum dan ingin mendapatkan satu, ini adalah antara pilihan yang baik untuk anda.

#1 Plaza Tol PLUS Untuk Tambah Nilai

Yang ini paling mudah, pergi ke kaunter khidmat pelanggan di kebanyakan plaza tol dan buat tambah nilai di sana. Hampir kesemua plaza tol menyediakan khidmat ini dan anda boleh membuat top up di sana. Untuk lebih berbaloi dan memudahkan perjalanan anda, buat tembah nilai sebelum anda memasuki tol yang anda mahukan. Ianya memudahkan perjalanan anda.

#2 Stesyen Minayk di dalam Plaza Tol

Memang memudahkan dan untuk pengetahuan anda, stesyen minyak yang besar-besar yang terdapat di Plaza tol memang mempunyai kemudahan untuk tambah nilai kad T&G anda. Terutama kalau anda rasakan yang anda tidak mempunyai baki yang mencukupi, ini adalah antara pilihan yang anda boleh dapatkan. Tidak semua stesyen minyak di Plaza Tol mempunyai kemudahan ini, kalau R&R yang besar-besar seperti R&R Machap, Pagoh, Ayer Keroh dan lain-lain, memang ada kemudahan ini.

#3 Stesyen Minyak di Luar

Selain daripada stesyen di plaza tol, anda juga boleh membuat top up di stesyen yang ada di luar. Biasanya stesyen yang besar-besar memang mempunyai kemudahan ini dan antara yang memberikan kemudahan yang baik untuk anda membuat tambah nilai. Kebanyakan tidak mengenakan cas dan antara pilihan yang berbaloi untuk anda cuba.

#4 Watson, Guardian

Selain daripada itu, anda juga boleh membuat tambah nilai di kedai seperti Watson dan Guardian. Serta banyak lagi seperti kaunter 7 eleven dan lain-lain. Ianya memang memudahkan anda untuk mencari tempat untuk tambah nilai dalam kad anda.

Apapun, selain daripada apa yang kami senaraikan di sini, memang terdapat banyak pilihan lain untuk tambah nilai. Jika anda tahu mana-mana tempat lain yang mempunyai kemudahan untuk menambah nilai, boleh berikan makluat lanjut di ruangan komen. Agar pengunjung yang datang juga mendapat manfaat daripada perkongsian anda.

Rancang Perjalanan Anda

Penting untuk merancang perjalan anda daripada nilai T&G kepada nilai lain seperti servis kereta. Jika anda merancang dengan baik, insyaAllah urusan lain pula akan jadi lebih mudah. Apapun, untuk pilihan Smart Tag, anda boleh ke SINI dan kalau nak tambah lagi kad Touch N Go, boleh ke SINI untuk info lanjut.

Leave a Reply