57b28b9298e84273ae710e909df85ae7

4 Tempat Bayar Bil Celcom – Offline dan Online

Celcom merupakan antara jenama syarikat telekomunikasi yang terkemuka yang ada di Malaysia. Kali ini kami ingin memberika tips untuk anda bayar bil Celcom secara online. Sekarang ini mudah dan tempat bayar bil Celcom pun sudah ada banyak. Semuanya anda boleh lakukan secara online sahaja tanpa pergi ke tempat tempat tertentu seperti dahulu.

Tempat Membuat Bayaran Bil

Pembayaran Secara Offline

#1 Kalau nak buat pembayaran, ini adalah antara tempat yang anda boleh pergi. Pertama sekali adalah pejabat POS. Ya, anda boleh ke pejabat POS untuk membuat pelbagai pembayaran daripada bil Celcom, Air, Elektrik, Astro dan lain-lain lagi. Bil internet pun anda boleh membuat pembayaran di pejabat POS. Antara tempat yang anda boleh pergi untuk membuat pelbagai bayaran.

Perlu diingatkan yang pejabat POS memang sentiasa sesak dengan pengunjung untuk melakukan pelbagai urusan. Kalau ada cara lain untuk membuat pembayaran, adalah lebih baik untuk anda mengelak untuk datang ke pejabat POS ini. Apapun, terpulang kepada anda dan kalau memang anda mempunyai urusan di pejabat POS, memang boleh ke sini dan buat pembayaran untuk Celcom ini.

#2 Selain daripada pejabat POS, adalah anda ke pejabat Celcom sendiri. Memang ada Celcom centre ataupun pergi ke Autorised seller yang berdekatan. Biasa memang ada di shopping mall terdekat ini. Boleh ke sana dan buat pembayaran, ianya tidaklah susah, ini adalah antara alternatif untuk membuat pembayaran secara offline.

Pembayaran Secara Online

Kami lebih sarankan untuk anda lakukan semua aktiviti ini secara online sahaja kerana lebih berbaloi dan terbaik. Untuk pengetahuan anda, anda boleh membuat tambah nilai secara online di SINI. Kalau nak periksa baki akaun anda pun boleh anda lakukan di SINI. Sekarang ini mudah terutama dengan adanya internet dan pelbagai lagi kemudahan lain untuk memudahkan urusan anda dalam melakukan aktiviti harian.

#3 Untuk pembayaran Celcom, anda boleh lakukan dengan menggunakan perkhidmatan perbankan online. Antara yang anda boleh lakukan adalah dengan pergi register perbankan online dengan Maybank, CIMB, Bank Islam dan lain-lain lagi. Anda boleh membuat pambayaran bil anda dari situ, ini adalah cara yang paling kami rekemen untuk anda lakukan.

#4 Satu lagi cara adalah dengan membuat pembayaran dengan mendaftar akaun anda dengan Celcom. Dari situ, anda boleh lihat maklumat yang lebih detail daripada laman Celcom berkenaan dengan balance baki akaun anda, berapa data yang telah digunakan dan jumlah yang anda patut bayar. Memang menarik kan! Anda juga boleh membuat pambayaran dari situ dan ianya memang memudahkan anda, kami rekemen anda mendaftar dengan Celcom untuk melihat banyak perkara.

Ini adalah antara beberapa info yang anda perlu tahu berkenaan dengan cara untuk membuat pembayaran Celcom. Ada lagi cara lain dan ini adalah antara yang simple dan mudah dan harapnya, ianya memudahkan anda untuk melakukan banyak perkara.

Leave a Reply