57b28b9298e84273ae710e909df85ae7

Ulasan DVB T2 Malaysia – Alternatif Kepada Pakej Astro

Setelah membaca banyak review ataupun ulasan di internet berkenaan dengan decoder ini, kami mengambil inisiatif sendiri untuk membeli dari Lazada dan mencuba sendiri alat ini di rumah. Ini adalah hasil daripada mereka yang inginkan alternanif lain daripada Astro yang mana anda perlu bayar setiap bulan, tetapi dengan alat ini yang berharga dalam lingkungan RM80 dan ke bawah, boleh mendapat banyak siaran yang berkualiti yang ada di Malaysia. Memang ternyata satu pilihan yang berbaloi yang anda boleh dapatkan di pasaran sekarang.

“Astro ni mahal! Nanti bukan tengok TV pun”

“Kan bagus kalau ada decoder yang boleh tengok pelbagai jenis siaran digital, yang sekali bayar sahaja”

Disebabkan oleh banyak komen-komen seperti ini, kami mengambil langkah sendiri untuk mencuba beberapa dekoder yang ada di pasaran seperti di Lazada dan mencuba di rumah. Berikut adalah apa yang kami telah cuba sendiri dan diharapkan, anda pun dapat melakukan perkara yang sama.

Apa Yang Anda Perlu Tahu!

Pada tahun 2017 ini, Perdana Menteri ada mengumumkan berkenaan dengan pemberian dekoder percuma kepada penerima BR1M. Kalau anda bukan penerima BR1M, tentu sekali anda tidak akan mendapat ataupun menerima alat decoder MyTV ini. Berita baik untuk anda, anda boleh menggunakan DVB T2 ini sebagai dekoder untuk menerima siaran TV digital yang ada di Malaysia. Kalau anda tinggal di Johor Bahru, memang tidak mustahil untuk anda dapat sekali siaran TV channel Singapore.

Apa Yang Anda Perlukan Untuk Dapatkan Siaran Digital Ini?

Apa yang anda perlukan untuk dapat menonton siaran digital DVB T2 ini? Yang pertama sekali tentulah dekoder ini, kerana kalau tiada dekoder ini, memang susah untuk dapat siaran digital TV ini. Pening nak pilih yang mana, kami beli yang INI dan memang boleh guna seperti biasa. Kalau tidak tahu atau nak cari jenis yang lain, boleh tengok sini.

Untuk coverage tv pula, boleh tengok di SINI.

Setakat decoder sahaja tidak cukup, anda kena ada antena TV. Kami cuma gunakan indoor antena sahaja dan sudah boleh dapat 8 siaran. Kalau gunakan antena yang lebih kuat, memang banyak siaran yang anda boleh dapat. Lagilah kalau gunakan antena tulang ikan yang diletak di atas bumbung tu, lagilah banyak channel yang anda boleh dapat. Silap-silap, channel negara jiran pun boleh masuk dalam list. Jangan lupa, ini wajib dan kalau tiada antena, memang tidak dapat la siaran yang anda mahukan. Pilihan Antena Pula anda boleh tengok di SINI.

Satu lagi tentulah TV sendiri. Banyak jenis pilihan dan untuk pengetahuan anda, kami hanya gunakan TV jenama Hisense 40inch sahaja dan boleh mendapat banyak pilihan siaran dan kualiti gambar yang baik. Boleh tengok beberapa pilihan yang ada di SINI.

Cara Pemasangan

Cara pemasangan tidaklah susah, apabila antena disambung kepada dekoder, dan kemudian dari dekoder sambung ke TV, apa yang anda perlu buat adalah pilih negara iaitu Malaysia dan DVB T2 akan cari channel yang boleh dimasukkan ke dalam list channel anda. Untuk kami, dengan bajet yang kecil sahaja, boleh mendapat 8 channel iaitu;

1 TV Alhijrah
2 Bernama TV
3 TV1
4 TV2
5 TV3
6 NTV 7
7 TV 8
8 TV 9

Boleh tengok video di bawah

Menarik kan dengan hanya bajet yang kecil ini boleh mendapat siaran seperiti di atas. Kos yang diperlukan hanyalah Decoder RM80, Indoor Antena RM30, jadi hanya RM110 dan hanya bayar sekalii sahaja boleh mendapat siaran seperti di atas.

Kalau anda memang seorang penggemar yang sering menonton TV seperti National Geografic, AXN dan lain-lain tu, memanglah kena langgan Astro. Tetapi, kalau anda tidak perlukan semua itu dan hanya perlukan channel basic seperti di atas, kami galakkan untuk anda cuba sendiri DVB T2 ini. Untuk artikel berkaitan, boleh tengok di SINI di mana kami berikan beberapa info berkenaan dengan alternatif lain.

Oh ya, kalau ada sebarang persoalan berkenaan dengan alat ini, boleh berikan komen di bawah, kami cuba menjawab dengan sebaiknya.

Leave a Reply