57b28b9298e84273ae710e909df85ae7

Unlimited Data Plan Malaysia – 2 Pilihan Dari Kami

Sekarang memang banyak yang menawarkan unlimited data plan di Malaysia ini. Memang syarikat telekomunikasi berlumba-lumba untuk menawarkan pakej menarik untuk internet yang tanpa had kepada semua. Bukan setakat syarikat telekomunikasi, Telekom Malaysia juga sudah memasuki arena peranti mudah alih ini untuk mendapatkan pilihan internet terbaik untuk anda.

Sememangnya ada banyak pilihan untuk anda gunakan sekarang ini, apapun, kali ini, kami akan rekemen beberapa pilihan terbaik yang anda boleh pilih. Yang penting, servis OK dan harga yang ditawarkan pun adalah berpatutan dan kena dengan pakej yang ada. Seterusnya, terpulang kepada anda untuk membuat pilihan sama ada untuk mendapatkan pakej tersebut ataupun sebaliknya.

Internet Tanpa Had Untuk Postpaid

Kalau anda memang merupakan seorang yang internet heavy user seperti saya, had data yang ada untuk telefon ataupun peranti yang anda gunakan memang menyusahkan dan cara dan alternatif terbaik adalah untuk mendapatkan unlimited data plan untuk telefon bimbit anda ataupun untuk talian di rumah.

Kalau untuk talian di rumah, lebih baik menggunakan Unifi yang merupakan antara pilihan yang paling baik dan berbaloi untuk anda gunakan. Ianya adalah talian tetap yang stabil dan mempunyai kouta data tanpa had yang anda boleh gunakan. Boleh baca info lanjut berkenaan dengan penggunaan Unifi dan cara daftar secara online di SINI. Ya, anda boleh mendaftar secara online dengan mudah sahaja.

Untuk pilihan postpaid, kami rekemen 2 pilihan sahaja buat masa ini yang membolehkan anda mendapatkan pilihan peranti tanpa had. Anda boleh gunakan pilihan postpaid ini dan gunakan pada peranti seperti ipad terutama kalau anda memang menggunakan ipad untuk pekerjaan anda dan melakukan banyak pekerjaan lainnya. Pilihan Ipad ataupun Tablet pun memang ada banyak di pasaran sekarang.

#1 Webe daripada Telekom Malaysia

Yang paling kami rekemen untuk anda gunakan adalah Webe, pilihan daripada Telekom Malaysia. Daripada banyak pilihan yang ada, Webe adalah antara pilihan yang paling berbaloi untuk anda dapatkan pada harga yang sangat murah berbanding pesaiang lain di Malaysia. Mana tidak, dengan hanya RM79/bulan, anda sudah mendapatkan talian internet tanpa had untuk peranti telefon mudah alih anda. Menarik dan antara pakej yang paling berbaloi yang ada sekarang.

Untuk Webe juga, anda boleh mendapatkan info lanjut secara online di SINI. Ini adalah antara beberapa pilihan terbaik yang anda boleh dapatkan pada harga yang terbaik dan murah. Ringkaskan apa yang anda akan dapat dengan Webe ini

1 Data tanpa had
2 Unlimited talian ke mana-mana network
3 Tiada kontrak
4 Delivery Percuma

Ini adalah apa yang anda boleh dapakan untuk talian Webe, pakej yang menarik dan terbaik untuk anda dapatkan sekarang.

#2 Umobile unlimited Postpaid

Ini adalah alternatif kedua kepada mereka yang mencari pakej webe vs Umobile unlimited. Untuk pengetahuan anda, Umobile pun ada menawarkan pakej unlimited internet cuma pada harga RM98 sebulan. Maklumat lanjut di sini.

Dari segi harga dan pilihan yang mana yang berbaloi, saya lebih rekemen untuk anda cuba sendiri pakej Webe. Lebih murah dan yang penting sekali, anda mendapat apa yang anda inginkan iaitu unlimited data. Tidak asing lagi, buat masa ini, Webe adalah the best mobile internet plan Malaysia jika anda mencari pelan yang tiada had.

Ini adalah 2 pilihan yang anda boleh pilih dan dapatkan. Kalau berbaloi, boleh teruskan untuk dapatkan di pasaran sekarang.

Leave a Reply